t>

Breaking News

Kes OKU Ditinggalkan Kurus Kering - Ini Luahan Dari Ibu Kandung.

Agak2 la nak menipu makcik oi. Ko ingat ko sorang aje ada anak OKU? Ko ingat ko sorang aje yang susah? Ko ingat ko sorang aje yang terpaksa bekerja dan meninggalkan anak OKU kat rumah? 

BODOH!!!!

NAK MAMPOS.

Aku ada je kawan2 yang ada anak2 OKU. Susah. Perlu bekerja. Dan tinggalkan anak2 di rumah.

Tapi takde pula aku tengok anak2 OKU (sedara sendiri) ;

1. Kurus kering sampai nampak tulang.

2. Ditinggalkan dalam stor busuk.

3. Rambut panjang tak terurus, macam tak mandi, tak bersikat, tak bershampoo dan bersabun.

4. Pakai baju koyak2.

Semua elok2 aje. Penjelasan bangang dari ibu yang bangang. Last2 cakap sudi serahkan pada JKM. Kalau sayang anak sendiri takde nya nak bagi JKM. Padahal ko memang taknak jaga pun. Cuba tunjuk muka ko sikit makcik. Senang aku nak mengutuk ko kalau p KLIA nanti. 

WAKAKAKA..

Baca ;


Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.  Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.  Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Foto

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.  Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  “Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Citer pasal miskin konon. Ramai orang2 miskin kat dunia neh tak tinggalkan anak masing2. Tak kira la anak dorang normal ke OKU. Mak aku pun miskin. Anak ada 4 lagi. Takde pula mak aku tinggalkan kami empat beradik. Boleh je bekerja dekat2 walaupun gaji tak tinggi mana janji tak tinggal anak. Ko tue memang jenis mak tak bertanggungjawab. Aku tahu sangat drama mak macam ko neh. Tak payah nak berlakon la. Ayat2 untuk raih simpati supaya orang tak salahkan ko. 

Hakikatnya. Ko memang seorang ibu yang kejam. Terbukti. Rakyat Malaysia bukan bodoh nak percaya kat ko pun. 

Puiiiiiii..

Kbai.