t>

Breaking News

Pelajar Sekolah Membuli - Ini Sebab Kenapa Mereka Memukul Pelajar Lain.


Berlaku di Sarawak rupanya.

Pelajar tingkatan 3 kena pukul dengan pelajar tingkatan empat sebab salah faham. Yang aku tak faham tue ;

1. Salah faham sebab pelajar2 pembuli terpukul orang yang salah yang dorang anggap telah melaporkan kepada cikgu yang dorang la yang mencuri baju2 sukan tersebut

ataupun 

2. Salah faham sebab pelajar2 pembuli tak mencuri tapi dianggap telah melakukan kecurian jadi dorang bengang sebab dianggap pencuri?

Baca jap ;

Punca sebenar kes buli pelajar wanita di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak. Mangsa iaitu pelajar perempuan tingkatan tiga telah dipukul oleh tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama. Mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama. Berdasarkan maklumat terkini, tiga suspek pelajar tingkatan empat telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kini sudah dibebaskan dengan jaminan. Terdahulu, rakaman video yang dipercayai berlaku pada 25 April 2014 telah tersebar dilaman sosial secara viral pada 2 Jun 2014.

Rujukan : sini 

Lain kali kalau dah tak mencuri cakap baik2 la kat cikgu yang korang tak mencuri. Tapi kalau mencuri kena la mengaku mencuri dan bertanggungjawab la. Yang nak mencuri kenapa. Haha..

Tak pasal2 glamer satu Malaysia.

Buli satu hal.
Rakam pula tue.
Then sebarkan.

Hadoi. Pailang konon. Depan polis pailang lagi tak? Apa2 pun dont worry la korang pun. Masa depan tak hancur apa semua okay. Korang sentiasa ada harapan untuk berubah dan menjadi pelajar2 yang baik, bijak serta cemerlang di masa2 akan datang. Ubahla perangai buruk tue. Kesian mak bapak menangis disebabkan korang nak tunjuk pailang tak kena tempat. Kalau pailang sangat meh lawan orang yang betul2 jahat. Berdemo lawan kerajaan, mao ka?

HAHAHAHAHA.. 

Video yang dimaksudkan kat bawah neh ;