Amalina Kini Bergelar Doktor.


Dulu kan kontroversi pasal dia. Kononnya tak habis belajar dan gagal dalam pengajian sehingga bazirkan duit pembayar cukai sebab dia dihantar belajar dengan biasiswa kerajaan.

Lepas tue kecoh kerana dia menukar penampilan. Masa kat Malaysia bertudung. P luar negara tudung semua hilang. Rambut pun jadi perang. Tapi aku tak salahkan Amalina sangat.

Perkara neh biasa aje beb. Kalau ko bertudung sebab ikut ikutan memang la kita takan faham kenapa perlu tutup aurat. Amalina pun macam tue juga dulu2. Dah orang suruh, maka dia ikut je la.

Hehe.

Cuba tengok Yuna. Yuna memang faham sangat apa itu aurat dalam ISLAM. Itu sebab dia tak tanggalkan 'TUDUNG LA SANGAT' walaupun dah beberapa tahun duduk kat USA. Cuma tudung dia yang dulu bukan la tudung yang sekarang. Nak sebut tudung pun aku keliru.. 

HEHEHEHEHE..

Apa2 pun tahniah pada Amalina. Dah jadi doktor pelatih. Dah tulis buku. Memang cerdik budak Amalina neh. Jangan negatif sangat pun kita neh. Tengok Neelofa sebagai contoh. Masa dok Kelantan bertudung bagai. Keluar p KL. Jadi seksi habis sampai nampak spender semua. Lepas tue sekarang dah bertudung balik. Tak mustahil Amalina pun sama. Tapi, dibanding dengan Neelofa, penampilan Amalina tak la seksi mane pun. Cuma orang ketara sangat kutuk dia disebabkan dia pelajar terbaik yang bertudung dulu2 kan? Kalau dia tak bertudung takde la orang peduli kan?

Hehe..

Baca ;

Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 Nur Amalina Che Bakri sedia berkhidmat di tanah air selepas mengumpul pengalaman di luar negara.

Dia yang menamatkan pengajian perubatan di Universiti of Edinburgh memaklumkan akan berusaha menjadi doktor pakar sebaik tamat tempoh percubaan. Bagi tujuan berkenaan Amalina menjangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum bergelar doktor pakar.

“Selepas ini Amalina akan ke Cambridge University Hospital yang mana Amalina akan menjadi seorang doktor junior di sana selama 2 tahun. Dalam masa yang sama Amalina akan melakukan penyelidikan dalam bidang kanser ovari.
“InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi,” kata Amalina dipetik daripada Astro Awani.

Amalina yang pernah mencetuskan kontroversi di mana dikatakan gagal menamatkan pengajian menjelaskan tuduhan yang dilemparkan tidak akan menjejaskan prestasinya. Sebelum ini Amalina pernah menulis dalam sebuah buku berjudul ‘Obstetrics and Gynaecology’. -Awani-

Share this :

Previous
Next Post »