t>

Breaking News

Awas Beli Makanan Di Bazar Ramadhan, Jangan Sampai Terbeli Makanan Yang Basi!

Ini mesti ada barang yang dia simpan atau reuse bila tak habis dijual atau digunakan. Sebenarnya. Sesetengah jenis makanan kalau ko simpan baik2 dan jual balik pada keesokkan harinya memang boleh. Jenis tak cepat basi. Janji ko simpan elok2. Tak tercemar. 

Tapi sesetengah jenis makanan pula, ko simpan la elok2 sekalipun. Kalau dah jenis cepat basi ia tetap la basi. Ataupun paling2 koman kalau tak nampak basi pun ia dah rosak. Cuma tak nampak dengan mata kasar.

Haiyaaa..

Aku cukup meluat dengan peniaga2 yang menjual makanan2 yang tak berapa elok kepada pelanggan. Tak fikir ke benda babitkan makanan neh kalau salah makanan bukan setakat boleh sakit aje. Bahkan mati pun boleh.

Aku pun peniaga juga. Sebab tue aku cukup pantang dok jual barang makanan 'secondhand'. Biarla aku rugi sebab barang makanan tak habis. Itupun takde la rugi. Sebab boleh bersedekah kat jiran2 dan masjid. Cuma aku tak selesa jual barang makanan yang tak boleh disimpan sekali lagi. Gila kau. Satgi mati anak orang macam mana? Yang selalu orang suka jual balik ialah menu2 berkaitan ayam, sup2, dan kuih muih yang boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais. Benda elok takde masalah simpan dan jual balik. Yang orang pertikaikan, sudah la cara penyimpanan tak berapa elok, jual pula barang makanan yang cepat rosak, mana orang tak komplen. Korang jaga2 sikit. Nak beli makanan tengok betul2 dulu. Sapa yang meniaga makanan lebih tahu dan ada pengalaman pasal neh. Percayalah cakap aku. Jangan kita jadi hipokrit tak tentu pasal.

Baca ;


Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4.

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan. Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.