t>

Breaking News

Hati-Hati - Banyak Peminta Derma Palsu Di Luar Sana !!!

Malas nak taip panjang2.

Baca ;


Tue dia. Musim orang menipu dengan cara mengutip derma pula dah.

Yang neh pula laporan oleh Sinar Harian ;



Hah... amek kaw.

Sebenarnya time macam neh sesuai bila kita cadangkan agar peminta2 derma untuk apa jenis tujuan sekalipun, didaftarkan. Dan diberikan kad kuasa untuk memohon derma bagi suatu tempoh tertentu. At least boleh jadi rujukan bagi pihak2 yang ingin menderma. Kadang2 orang malas nak menderma sebab inila. Takut kena tipu. Bukan sebab kedekut hapa pun. Tak pasal2 orang yang benar2 memerlukan bantuan pun turut sama dapat tempias negatif.

Dan satu lagi. Bila time GAZA dilanda perang dan musim2 perayaan. Memang ramai meminta derma2 ekpress lahir. Siyes. Tiap2 tahun macam tue. So korang semua ahti2 sikit. Bukan semua peminta2 derma tue benar2 mahu menyalurkan derma2 korang kat tempat sepatutnya. Ada yang menipu aje. Kalau korang syak sesuatu, tangkap gambar dan laporkan pada agensi yang berkaitan untuk diambil tindakan lanjut.

JOHOR BAHRU – Jabatan agama Islam Johor (JAIJ) mendedahkan seorang pemungut derma yang ditahan, mampu meraih kutipan sehingga RM1,000 sehari hasil sumbangan orang ramai dengan menggunakan nama derma anak yatim dan sekolah tahfiz.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Zamri Kambari berkata, pihaknya berjaya menahan tujuh pemungut derma sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, dua daripada merupakan warga asing membabitkan rakyat Indonesia dan Thailand yang ditahan kerana mengutip derma tanpa kebenaran jabatan.

“Tidak dinafikan mereka mengambil kesempatan sempena orang Ramadan untuk mendapatkan sumbangan orang ramai kononnya disalurkan kepada rumah anak yatim selain sekolah tahfiz selain untuk dana bagi tujuan aktiviti keagamaan seperti membina masjid.

“Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap yang ditahan mereka mengakui mampu meraih antara RM500 hingga RM1,000 setiap hari manakala lokasi pilihan adalah bazar Ramadan, berhampiran bank dan di pusat membeli belah,” katanya, di sini semalam.

Zamri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya terhadap taktik pemungut derma meraih simpati kerana Jaij tidak memberi jaminan bahawa wang diperolehi disalurkan kepada pihak sepatutnya.

“Setiap derma yang dikutip berkaitan orang Islam mesti mendapat kebenaran daripada jabatan agama Islam di negeri berkenaan kerana setiap kebenaran dikeluarkan oleh setiap negeri adalah berbeza.

“Sebagai contoh, jika kebenaran dikeluarkan oleh JAIJ kutipan derma hanya boleh dibuat di Johor dan tidak boleh dibuat ke negeri lain. Justeru orang ramai perlu berhati-hati kerana kita khuatir ada pihak cuba mengambil kesempatan, katanya.

Beliau berkata, pemungut derma yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 kerana membuat pungutan khairat tanpa kebenaran.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di beberapa bazar Ramadan di sekitar Johor Bahru mendapati pemungut derma hanya menggunakan surat kebenaran daripada negara asal mereka bagi tujuan membina madrasah atau masjid.

Bagaimanapun, Zamri berkata, sekiranya mana-mana individu berhasrat untuk memungut derma di negeri ini, perlu mendapat kebenaran daripada JAIJ dan sekiranya gagal, ia merupakan satu kesalahan.

Sumber:


http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/mampu-kutip-rm1-000-sehari-1.298904