t>

Breaking News

Ini Kenyataan PAS Melarang Ahli Terlibat Dalam Kegiatan Radikal (Berjihad Ke Syria).


Lepas neh tak payah la dok kondem2 UMNO dan BN lagi dalam isu SYRIA. Pendirian PAS dan BN dalam isu neh senada. Jangan dalam double standard kalau nak mengutuk tue ye.

Aku tak kata pun pendirian PAS salah. Jangan salah faham ek. Pasal aku pun tak suka campurtangan dalam bentuk mengalakkan lagi peperangan dan pembunuhan sana sini. Campurtangan dalam kerja2 kebajikan aku sokong. Tapi bukan menambahkan lagi peperangan sedia ada. Cuma aku harap geng2 PAS boleh la berhenti kutuk2 BN dalam isu berkenaan. Ini kerana PENDIRIAN PAS nampaknya sekufu aje dengan BN. Jangan nak kutuk2 BN tanpa cermin pendirian parti sendiri pula, ye tak?

Hehe..

Baca ;

residen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri.

"Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS," kata Abdul Hadi (gambar) dalam kenyataan bertulisnya hari ini.

Kenyataan ini adalah penegasan terkini yang dibuat oleh PAS selepas memecat seorang ahlinya yang pergi ke Syria Mei lepas.



Lotfi Ariffin telah dipecat 11 Mei lalu oleh PAS selepas mengumumkan secara terbuka beliau ke Syria untuk menyertai perjuangan bersenjata di sana.
Menurut inteligen Malaysia, lebih 100 rakyat Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan di sana termasuk perjuangan bersenjata.

Menurut Abdul Hadi, PAS meneliti dengan penuh berhati-hati terhadap perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria dan meminta kepada ahli, penyokong dan seluruh rakyat supaya dapat memahami segala bentuk percaturan yang sedang berlaku dengan proksi-proksinya.

"Adalah ditegaskan bahawa PAS adalah tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan-rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia.

"Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti-parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas.

"Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi," kata Abdul Hadi yang sebelum ini ke Turki untuk menyertai persidangan itu.

Sebab itu, katanya, PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam.

"Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa’ di sepanjang zaman," kata Abdul Hadi.

Katanya, para Khulafa’ ar-Rasyidin, Zaman Amawiyah, Zaman Abbasiyah dan Zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat.

Sehingga Saidina Ali bin Abi Talib R.A. hanya bertindak kepada golongan Khawarij apabila mereka mengangkat senjata. Apabila mereka tidak mengangkat senjata, maka dihadapinya dengan sabar, katanya.

"Begitulah kaedah kita menghadapi kerajaan-kerajaan yang zalim sepanjang zaman dalam krisis dalaman umat Islam," katanya.

Bahkan, kata beliau, kerajaan Uthmaniyyah sendiri semasa pemerintahan mereka telah meletakkan kumpulan Druze yang dianggap kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan secara bersenjata.

Pendekatan ini juga, katanya, adalah metode yang berasalkan dari pendekatan kajian ulama-ulama di masa itu, untuk mengelakkan diri dari orang-orang dan kelompok yang jahil dalam masalah agama sehingga merosakkan umat sendiri dan menghukum tanpa hati-hati. – 10 Julai, 2014. -TMI-