Isu #CDM25 - Ini Respon Kiki Steering Lock - Surat Terbuka Untuk Kiki Kamaruddin.

Kiki.

Jangan mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam insiden neh. Daripada memohon sesuatu yang tidak mungkin, kenapa tidak ko meniru aje contoh tindakan yang diambil oleh uncle tersebut?

Berikut adalah respon dari Kiki ;

Klik image untuk paparan yang lebih jelas

Untuk pendapat yang lebih tersusun, maka aku tuliskan dalam bentuk point2 supaya ko senang faham apa yang aku nak sampaikan.

1. Aku bukan nak jadi polis moral ko. Atau mana2 pihak.

2. Aku ada membaca kenyataan uncle tue bahawa dia dah memaafkan ko. 

3. Aku rasa ko pun patut sedar uncle tue dah memang maafkan ko pada saat dia tak langsung membuat laporan polis di atas keganasan2 ko terhadap dia.

4. Aku pelik juga kenapa ko bercakap dalam nada santai kepada anak uncle yang mahu menyaman ko? So what kalau uncle dah maafkan ko? Dia nak saman ko bukan atas dasar sapa maafkan sapa tapi sebagai anak emosi dia terluka kot ko perlakukan bapa dia macam tue.

5. Baikla. Apasal aku pula jadi macam emosi neh setannnnnn. Point dia kat sini ialah aku macam rasa, macam rasa je la kan. Tapi bukan fakta. Sekadar persepsi, ko semacam ego. Dan tak nampak pun ciri2 macam sedang menyesal. Ko seakan-akan tak nampak motif disebalik serangan ke atas diri ko.

6. Itu sebab gaya penulisan ko begitu bersahaja bagai saja2 nak update tanpa berfikir panjang bahawa setiap kata2 ko mendatangkan persepsi kepada orang yang membacanya.

7. Benda dalam ahti bukan sesuatu yang aku boleh decide. Tapi, andai kata persepsi aku neh betul, aku cadangkan baik ko bertenang dan teliti dulu betul ke tak betul perlakuan ko terhadap uncle tue. Kalau ko rasa ko betul maka tak payah la susah2 minta maaf berbaur egostik beb. Ko jadi je diri ko. 

8. Jika ko rasa ko salah, maka daripada ko bergaduh dengan pihak2 yang bashing ko kat media online, baik ko amek mood bertenang dan bermuhasabah diri dulu.

9. Sekarang neh ko untung aku cakap. Ramai pihak tampil mahu mengeluarkan kos membaiki kereta ko dan kereta uncle yang ko rosakkan. Daripada wakil rakyat Bung Muktar hingga la kepada DIGI. Semua tampil nyatakan keprihatinan mereka beb.

Tengok ;


10. Kalaupun aksi mengamok ko tak tersebar sekalipun, ko tetap beruntung tau sebab uncle tue tetap sudi bayar pampasan atas kerosakkan yang ko dah alami. Ko tak payah bimbang apa pun. Bahkan ko tak payah susah2 nak mengamok bagai.


11. Bahkan ko lebih beruntung sebab uncle tue langsung tak laporkan tindakan2 ko kepada polis untuk siasatan lanjut.

12. Yang mahu tindakan di ambil ke atas ko ialah orang ramai yang jadi sakit ahti bila melihat tindakan ko kepada warga emas. Sangatnya biadap.

13. Jangan panjangkan citer lagi Kiki. Awani pun sudi temukan ko dengan uncle tue. Minta maaf betul2. Minta maaf pada uncle tue dan bukan minta maaf pada kami sebab ko buat salah pada uncle tue.

14. Racist remark ko amat menyakitkan ahti orang2 yang anti racist macam aku dan kaum cina. Ko patut faham kita hidup di negara Malaysia yang ada kepelbagaian bangsa. Ko benci cina sekalipun ko tak boleh nak buat apa dah. Ko suka atau ko tak suka, cina itu juga sebahagian dari warga Malaysia. Ko kena terima fakta itu dan berlapang dada.

15. Tiru sikap yang baik dari uncle cina itu. Ko kekurangan sikap sabar dan yes. Ko masih emosi bagai di internet. Ko nak orang respect privacy ko. Ko nak orang taknak kacao ko. Tapi itu semua takan berlaku bila ko sendiri response mereka dengan nada sinis. Ko diam sudah la. Jangan reply apa2. Jangan jawab apa2. Jangan baca apa2 komen di inbox. Sebab akhirnya ko hanya memburukkan situasi aje. 

16. Ko jangan mengharapkan semua video2 ko, troll2 ke atas ko akan hilang dan didelete oleh pengguna media sosial. Ia tidak akan berlaku. Pengguna media sosial tidak akan faham ko dan mereka memang taknak faham ko. Aku bagitau ko fakta ini supaya ko boleh terima keadaan sebenar. Lebih cepat ko terima hakikat maka lebih cepat ko menyesuaikan diri ko dengan keadaan ini.

17. Ko jangan mengharapkan bahawa mereka akan berhenti mengaitkan ko dengan kerja kahwin apa bagai tue. Mereka tidak akan peduli dengan tuntutan ko. Jika ko rasa kerja ko bagus, percayalah, rezeki ko memang disitu la. Jika ko rasa tertekan sangat maka tukar la namanya, cari la identiti baru supaya orang tak nampak kaitan ko dengan perkara tersebut.

18. Buat sementara waktu bashing online akan berterusan. Namun sampai satu masa, manusia akan melupakan ko. Bukan melupakan kejadian itu terus. Tapi melupakan untuk bashing ko di media sosial secara berterusan. Ia makan masa tetapi ko sendiri pun lama kelamaan akan lupa. Manusia hanya maki ko sekejap aje. Ko jangan gabra sangat sampai nak report polis apa bagai la. Bukan apa. Takut orang ejek2 ko pula nanti.

19. Polis panggil ko kan?


Dah dah.. berlakon alim pula ramadhan mengajar kita tidak berkata buruk tentang saudara kita.. agaknya ramadhan mengajar kita berkata buruk tentang orang yang tak seagama dan sebangsa kita ke? Ataupun mungkin ramadhan mengajar kita untuk ketuk kereta orang dengan steering lock ke? KPN pun kata ko GARANG wei. Itu KETUA POLIS NEGARA tau.

HAHAHAHA..

20. Aku sebenarnya saja je amek kesempatan untuk habiskan masa ko Kiki. Marah? Marah? Marah ke? Hentak la guna steereng lock kat screen tue Kiki oi. 

Point akhir aku ialah ko tanya yang mana satu dulu tadi kan?


Ketiga2 jawapan kat dalam gambar di atas tidak tepat. Ko kena tanya diri ko dulu. Apa yang ko rasa. Apa emosi ko. Apa yang ko fikirkan. Mengadap tuhan. Tenangkan diri ko sebab dengan pemikiran yang tenang sahaja ko boleh tentukan tindakan seterusnya. Yang pasti bila ko buat dengan keadaan yang tenang, keputusan itu selalunya betul sebab ko dah berfikir semasak2nya.

Aku tengok ko ulang banyak2 kali minta orang delete video2 ko. Aku rasa ko belum faham lagi permainan internet neh macam mana. Sekali dia tersebar, dia akan terus tersebar Kiki. Tapi ini bukan penamat hidup ko. Ini juga bukan pengakhiran rezeki ko. Ko boleh tukar no plat bahkan itu la yang dialu2kan supaya ko rasa selamat dari pandangan mata masyarakat. Berkenaan syarikat ko pula, tak dapat dinafikan ko akan terkesan. Mungkin orang akan rasa meluat dengan syarikat ko disebabkan sikap ko. Ko mungkin boleh menukar nama syarikat ko. Jika ia tak menjejaskan ko ataupun mungkin ko boleh buat sesuatu untuk kembalikan semula keyakinan pelanggan2 ko ke atas diri ko. 

Berkenaan emosi anak2 ko ataupun persekitaran ko, ko kena lalui nya dengan tabah juga. Aku tengok ko kuat Kiki. Betul aku cakap. Dari suara ko, aku dah boleh nampak betapa gagah dan perkasanya ko neh. Ko akan jadi legend di internet. Janji jangan ulang sikap yang sama sudah. Pandang dari sudut mana pun, walaupun aku cuba untuk mencari walau satu alasan bagi membenarkan tindakan ko, nampaknya aku tak jumpa dan takan jumpa. Tindakan ko memang biadap doe. Biadap. Fakta. Tapi yang dah lepas tue lepas la. Uncle dah maafkan ko. Maka aku dan orang lain pun bukan siapa2 yang nak tentukan hala tuju ko lepas neh. Janji urusan ko dengan uncle tue dan anak beranak uncle tue dapat diselesaikan cara baik sudah la. Ko anggap la bashing online ini adalah untuk mendidik ko dan diri kita semua secara berjemaah. Kat sini kisah ko ialah contoh untuk masyarakat jadikan rujukan, bahawa sebagai manusia jangan kita buat perangai buruk macam ko tue Kiki. Maksud aku merujuk kepada insiden tersebut. Bukan ko secara peribadi. Jangan marah ah..

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »