KDN Nafi Malaysia Terlibat Melatih Pejuang Hamas.


Baru2 neh israel menuduh Malaysia terlibat sebagai lokasi melatih pejuang2 Hamas untuk melawan israel.

Baca sini.

Dan selepas tersebarnya kenyataan tersebut KDN melalui menterinya keluarkan satu kenyataan bagi menafikan penglibatan Malaysia dalam melatih pejuang2 Hamas.

Kenyataan menteri dalam negeri ;

Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.

"Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.

"Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorangpejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Tambah Wan Junaidi, mana-mana pejuang yang dikatakan mahu mengambil latihan perang boleh ke negara lain yang menawarkan 'kursus' berkenaan selain Malaysia.

"Sudah saya tegaskan, kita tidak adakan latihan perang untuk pejuang seumpama ini. Mereka yang mahu dan berminat boleh berlatih di negara lain," ujarnya.

Kita tengok je apa permainan israel kat sini macam mana.

Share this :

Previous
Next Post »