t>

Breaking News

Khalid Ibrahim Tidak Letak Jawatan Hari Ini - Henti Sebar Berita Palsu.


Kerja2 puak PKR la neh. Lepas tue salahkan BN punya angkara. Dah masak sangat dengan permainan dari puak2 PKR neh. Satgi geng2 depa sentap dan marah aku melalut2 kat twitter dan facebook. HARAM nak terima kritikan puak2 PKR neh. HARAM. Dorang aje boleh kritik orang. Barangsiapa kritik depa akan dihujani dengan persoalan..

Lue ahli PKR ka?
Nak kutuk parti duduk dalam parti ma. 

Macam haram punya jawapan. Time kutuk UMNO tak pula jadi ahli UMNO. BODOH NAK MAMPOS punya puak2 PKR. Terhad kepada yang bagi hujah macam tue aje okay. Aku ada jek geng2 PKR yang baik sebenarnya.

Hehe.

Untuk rekod. Sebaran MB Khalid letak jawatan bermula dari malam tadi. Dibawa ke hari ini. Namun itu semua ialah percakapan palsu dan tak berasas. Spekulasi liar. Abaikan. Terus hidup macam biasa okay.

Baca ;

Difahamkan satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyebut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Sumber SMS itu dikatakan dikeluarkan dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Bagaimanapun, SMS berkenaan didapati palsu kerana tiada laporan berita sedemikian ditemui di laman web Bernama.

“Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada paduka Sultan Selangor.

“Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Saman telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 2 petang ini,” kata SMS itu yang dikatakan dikeluarkan Bernama.

Bagaimanapun, khabar angin perletakan jawatan Abdul Khalid memang sedang bertiup kencang dan panas selepas beliau bertubi-tubi dikritik oleh para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan cara pentadbirannya.

Ekoran SMS itu, wartawan dilihat berkumpul di hadapan Istana Kayangan di Klang dan Istana Mestika di Shah Alam bagi menunggu ketibaan Abdul Khalid, memetik laporan The Star.