t>

Breaking News

Medan Selera 1Utama Terbakar - Pihak Pengurusan One Utama Nafikan Gambar2 Kebakaran Yang Tersebar.

Aik.

So gambar2 yang tersebar di media sosial tak betul ka? Aku dapat menerusi wassap kot. Tatau la pula yang gambar2 tersebut sebenarnya telah disunting.

Antara gambar2 yang tersebar ;



Ini edit?

Tak nampak macam edit pun. Tapi kalau dah dikata edit maka edit la sebab pihak pengurusan one utama kata edit. Kalau terbukti tak edit baru buka citer lain.

Hehe..

Laporan oleh Awani ;
Sebuah dapur gerai di medan selera Food Republic di Kompleks Membeli Belah 1Utama di Bandar Utama terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran melibatkan dapur di bahagian penyedut asap berkeluasan 2x3 meter. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi.

“Satu jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba Damansara tiba di tempat kejadian pada jam 9.47 pagi tetapi api berjaya dipadamkan sebelum kehadiran bomba oleh petugas keselamatan kompleks tersebut," kata jurucakap tersebut.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih disiasat.

Insiden yang berlaku telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) apabila pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan untuk melihat kebakaran yang berlaku.


Malah, laman sosial, Twitter juga turut dipenuhi dengan gambar-gambar kebakaran pada bangunan tersebut dan menimbulkan panik di kalangan pengunjung kompleks membeli-belah itu.

Namun begitu, Pengurus Besar Pengiklanan dan Promosi 1Utama, Patrick So menafikan gambar-gambar yang tersebar dalam laman Twitter itu adalah gambar kebakaran yang sebenarnya, dan mendakwa gambar tersebut telah direka dan edit untuk tujuan tertentu.