t>

Breaking News

PM Ukraine Umum Letak Jawatan.

 
Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah mengumumkan peletakan jawatannya berikutan kemelut yang melanda kerajaan yang berlaku baru-baru ini.

Yatsenyuk membuat pengumuman itu di parlimen selepas kedua-dua pihak (Parti Nasionalis dan Pergerakan UDAR) berkata, mereka akan menarik diri daripada parti pemerintah. "Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berikutan dengan pemecahan gabungan ini," kata Yatsenyuk. 

Beliau berkata Parlimen tidak lagi boleh melakukan kerja dan meluluskan undang-undang. 

Parti nasionalis  Svoboda dan pergerakan UDAR yang diketuai oleh bekas peninju Vladimir Klitscho menarik diri daripada kumpulan penggubal undang-undang selepas mengambil alih jawatan bekas Presiden Viktor Yanukovich yang telah disingkirkan - AP


Perletakkan jawatan tersebut tiada kaitan dengan apa yang berlaku ke atas pesawat malang #MH17. Sebaliknya kerana PM Ukraine kehilangan majoriti dan sokongan untuk membolehkan dia terus bertahan dengan jawatan perdana menteri.