t>

Breaking News

RED ALERT UNTUK SEMUA : AMARAN - JE Kembali Lagi.


Sesiapa yang demam dinasihatkan mendapatkan rawatan segera ke hospital yang berdekatan. Nak tahu kenapa? JE kembali lagi. 4 kematian dilaporkan setakat hari ini (2 Julai 2014) yang diakibatkan oleh gigitan nyamuk pembawa virus JE. Untuk rekod, ada 16 kes yang dilaporkan terkena serangan JE sepanjang tahun ini.

Mangsa terbaru adalah dari Pulau Pinang. Berusia 12 tahun. Terkena gigitan nyamuk yang membawa virus JE ketika menyertai aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan tersebut dijalankan berhampiran dengan ladang khinzir pada 24 hingga 26 April yang lepas.

Bayangkan. Lama dia bersarang dalam badan.

Anak2 demam kita tatau apa sebab. Demam secara berulangan. Rupa2nya sebab membawa virus JE. Sudahnya meninggal dunia.

Red alert untuk semua ibu bapa.

Tolong awasi anak2 masing2. Dan diri sendiri. 

Baca ;

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian dilaporkan sehingga hari ini.
    
Beliau berkata kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah dan masing-masing seorang di Kelantan dan Selangor.
    
Mangsa terbaru disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa itu terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April lepas.
    
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan siasatan kes dan melakukan aktiviti kawalan di sekolah kanak-kanak itu di Seberang Perai Utara, dan kediamannya di Padang Serai, Kedah.

Antara aktiviti kawalan yang dilaksanakan adalah mengesan penduduk dan pelajar jika mempunyai simptom JE, melaksanakan semburan kabus, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan terhadap penduduk di sekitar kediaman, termasuk pelajar di sekolah berkenaan.
    
Dr Subramaniam berkata tiada penduduk atau pelajar yang mengalami tanda-tanda JE tetapi pemantauan ini tetap akan dilakukan sehingga tiada transmisi jangkitan berlaku.
    
Justeru, pihak sekolah diminta mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan atau aktiviti malam di kawasan sekolah yang terletak dalam lingkungan dua kilometer radius
daripada ladang khinzir.
    
"Pekerja ladang ternakan khinzir dan penduduk yang tinggal berhampiran juga perlu mengambil langkah perlindungan diri dengan mengurangkan aktiviti luar di waktu senja hingga awal pagi, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika di luar rumah atau semasa bekerja, serta menggunakan aerosol membunuh nyamuk dewasa terutama pada waktu malam hingga awal pagi," katanya.
    
Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran. - Bernama