Remaja OKU Firdaus Makan Kali Terakhir 3 Bulan Yang Lepas..

Jap jap.

Hasil pemeriksaan doktor melaporkan makanan yang berada dalam perut adik Firdaus sekuran2nya berusia 3 bulan yang lepas.

WOW..

3 bulan yang lepas?

Tak makan selama 3 bulan yang lepas ataupun ibunya bagi makanan cuma dia tak pandai nak makan sendiri? Aku rasa hasil pemeriksaan doktor tue perlu diperjelaskan dengan lebih lanjut la. Tak makan selama 3 bulan yang lepas.. itu satu jangka masa yang panjang woo. TAK MAKAN LANGSUNG maksudnya tue. Ataupun makan sikit2 setiap hari cuma tak cukup selama 3 bulan yang lepas?

Untuk rekod, ibu Lola telah diikat jamin oleh majikannya. Dengan nilai jaminan sebanyak 7,000.

Sedangkan manusia biasa tak makan sehari pun dah rasa kebulur kemain. Inikan pula 3 bulan yang lepas. Pening arr pening arrr.. 

Baca ;

Berita terkini dari doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap adik Firdaus ini amat mengejutkan.Hal ini kerana doktor mendapati makanan yang berada dalam perut adik Firdaus berusia sekurangnya 3 bulan yang lalu.

Ini bermakna adik Firdaus tidak makan atau minum hampir 3 bulan lamanya.Apakah yang menyebabkan dia boleh bertahan sebegitu lama sekali sedangkan manusia biasa hanya bertahan 3 hari tanpa makan dan minum?

Sesungguhnya ini semua merupakan kuasa Allah S.W.T yang memberi kehidupan kepada makhluknya.Dengan kuasa Allah S.W.T juga adik Firdaus ini dipertemukan sebelum Ramadhan dan dapat menyambut hari Raya Aidilfitri jika dipanjangkan umur kelak.Marilah kita doakan yang terbaik untuk adik ini.Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki di kehidupan mendatang. -MYMETRO-

Share this :

Previous
Next Post »