Selangor Mungkin Darurat Jika Tukar MB Kata Ibrahim Ali.


Ada point dia yang aku bersetuju. Cuma dia neh melebih2 sangat. 

Betul sangat bila Ibrahim Ali menyebut ;

1. Pertukaran MB perlu dilakukan secara berhemah.

2. Jika tidak dilakukan secara terhormat ini akan beri kesan secara langsung kepada emosi rakyat Selangor secara tidak langsung.

3. Bila rakyat tak terima, maka krisis akan melanda di mana rakyat bangkit melawan dan akhirnya Selangor diisytihar darurat.

Point neh jek yang aku nampak tepat bagi mengulas krisis Selangor. Yang lain2 tue nasi tambah jek. Tak berguna pun ko setuju. Sekadar nak mengumpat boleh la.

Haha..

Pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara terhormat bagi mengelak penentangan rakyat Selangor secara besar-besaran, kata Datuk Ibrahim Ali.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang dibimbangkan adalah krisis politik Kelantan 1978 akan berulang sehingga diisytiharkan darurat jika proses pertukaran pemimpin itu tidak diterima rakyat keseluruhannya.

“Saya melihat kemelut mahu memecat Khalid sama dengan peristiwa Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohamad Nasir sebagai menteri besar Kelantan dan diganti dengan Wan Ismail Wan Ibrahim (timbalan menteri besar ketika itu).

“Akhirnya berlaku krisis besar di mana rakyat bangkit menentang dan Kelantan diisytihar darurat. Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berundur secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan berbincang dengan Khalid bagi meminta Ahli Dewan Undangan Neger (Adun) Pelabuhan Klang itu berundur secara baik.

Sebelum ini, Khalid memberi isyarat akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga hujung penggal pilihan raya dan menggesa pihak yang mendesaknya berundur mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ibrahim berkata, pemilihan Dr Wan Azizah menggantikan Khalid adalah usaha Anwar untuk mengaibkan Khalid kerana ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu enggan berundur.

Katanya, Anwar merupakan seorang pemanipulasi hebat sebagai persediaan tapaknya untuk berdepan hukuman yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

“Khalid tidak berhasrat berhenti atau diganti. Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana ‘tanduk tidak berguna lagi’. Khalid tidak ada harga satu sen pun pada Anwar. Kalau mahu terajang Khalid, kenapa tidak diganti dengan Mohamed Azmin Ali?

“Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya jadi MB Selangor, maka jelaslah PKR adalah Syarikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60% saham, DAP 35% dan PAS pemegang saham minoriti 5% sahaja."

Kelantan diisytiharkan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 atas permintaan kerajaan persekutuan selepas berlaku rusuhan jalanan di negeri itu.

Mohamad Nasir daripada PAS yang merupakan sebahagian Barisan Nasional (BN) pada 1974 berdepan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Islam itu kerana ingkar arahan parti.

Usul tidak percaya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyaksikan 20 Adun PAS menyokong usul itu sementara 13 Adun Umno dan seorang daripada MCA keluar membantah usul.

Mohamad Nasir enggan meletakkan jawatan yang kemudiannya menggesa Speaker membubarkan DUN tetapi ditolak.

Penyokong Mohamad Nasir kemudiannya mengadakan demonstrasi jalanan sehingga berlaku keganasan.

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen hari berikutnya (9 November) memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada Mac 1978, satu pilihan raya diadakan di Kelantan yang ditandingi oleh PAS, Umno dan Berjasa, satu parti yang ditubuhkan oleh Mohamad Nasir.

Umno menang pilihan raya itu dengan 23 kerusi sementara Berjasa menang 11 kerusi dengan PAS hanya dua kerusi yang membolehkan Umno membentuk kerajaan.

Kuasa itu kekal sehingga PAS-Semangat 46 mengambil alih pada 1990. – 23 Julai, 2014. -TMI-

Share this :

Previous
Next Post »