t>

Breaking News

Shamsul Iskandar Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin Kerana Desak Khalid Ibrahim Berhenti Sebagai MB.

Wayang.

Wayang.

Wayang.

Wayang.

Wayang.

Semua orang tahu ini adalah WAYANG.

HAHAHAHAHA...

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari bakal berdepan tindakan disiplin gara-gara mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Shamsul Iskandar dan Amiruddin, yang dikaitkan dengan kem Azmin, kini sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan yang disandangnya.

Selain itu, bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin turut berhadapan tindakan sama kerana mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang penyokong Timbalan Presiden PKR.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid. -Awani-