t>

Breaking News

Susulan Tindakan China Melarang Umat Islam Berpuasa - MP DAP Tunjuk Solidariti!


Berita pagi tadi. Kat Sinar Harian aku baca. Saja tunggu dan tengok. Ada tindakan tak dari geng2 UMNO yang suka meroyan sebagai pejuang Islam.

Tunggu punya tunggu..

Tunggu dan tunggu lagi..

Tunggu dan tunggu dan tunggu..

Cisssss..

KRIK KRIK KRIK..

HARAM ADA WEIIII..

Alih2 salah seorang ahli parlimen DAP yang bangkit tunjuk solidariti.

Ahli parlimen Serdang dari DAP, Ong Kian Ming menyeru agar masyarakat bukan Islam di negara ini berpuasa sehari bagi menyatakan solidariti terhadap umat Islam di Xinjiang, China yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China baru2 neh.

Umat islam di Xinjiang, China baru2 ini juga melakukan protes bagi menuntut hak untuk berpuasa dan dibiarkan bebas mengamalkan kepercayaan agama masing2 secara terbuka tanpa campurtangan kerajaan.

Macam tue la non muslim rasa di negara ini. Kadang2 kena tindas dengan pemerintah walau tak kacau orang.

Macam tue juga la umat islam rasa di negara lain. Ditindas dengan pemerintah walaupun kepercayaan mereka tak kacau orang lain.

Tak kira la negara tue negara islam ke tak islam ke kalau dah dapat kerajaan yang menindas rakyat dia tetap akan tindas rakyat. Akhirnya rakyat pelbagai bangsa, pelbagai agama akan rasa kerajaan2 di setiap negara2 masing zalim.

Bagi yang boleh berfikir dengan matang akan tahu kezaliman berpunca dari sikap manusia. Bagi yang pemikirannya dipengaruhi dengan emosi dan sentimen pengalaman silam yang menyakitkan ahti, mungkin mereka akan cenderung mengaitkan ia dengan faktor agama dan bangsa.

So lue fikirlah sendiri.

Apa pun tahniah kepada Ong Kian Ming.

Kita memang mahukan ahli parlimen yang peka dan bebas dari semangat perkauman. Harap2 lebih banyak muslim dan non muslim tampil bersolidariti dengan rakyat China yang tertindas akibat dilarang berpuasa.