Tabur Bunga Di Kubur Adalah Amalan Yahudi Dan Kristian - Umat Islam Dilarang Tiru.

Balik2 heret kristian dan yahudi dalam cerita dorang. Larangan perlu jelas. Kenapa dilarang itu nak perlu diambil peduli. Jangan beri penjelasan separuh masak sehingga sesiapa pun boleh pertikaikan larangan tersebut.


Alamak ai.


Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di Kangar, hari ini. -TMI-


1. Menyalahi dalam konteks yang bagaimana?

2. Menyalahi kerana perbuatan meniru itu kah? 

3. Tiru amalan perjudian dan bina kilang arak tak menyalahi ajaran Islam?

4. Dah confirm ke kau tegur semua tindakan2 pemimpin negara sebelum bawa isu remeh temeh?

5. Dah pasti amalan riba kat Malaysia neh dah terhapus?

WHAT THE HELL OF THIS.

KAU NAK TEGUR PUN. Jangan la babitkan isu remeh temeh yang MENGARUT GILA BABIK macam neh.

Orang tabur bunga bukan dengan niat SAHAJA AKU TIRU KRISTIAN DAN YAHUDI UNTUK TABUR BUNGA DI KUBUR KERANA SAJA2 SUKA NAK MENIRU.

Orang ada niat masing2. Aku tak berapa jelas niat orang tapi tanam pokok dan letak bunga ialah tanda KEHADIRAN.

Apa tue?

TANDA KEHADIRAN bermaksud kita HADIR ke KUBUR itu. Kita bersihkan kubur, kita tabur bunga tanda kita datang melawat mengingati yang telah tiada. Tiada niat nak amalkan kepercayaan yahudism ataupun kristianisti. Dan tolongla berhenti heret KRISTIAN dan YAHUDI dalam semua citer2 mengarut korang. Semua benda korang nak kaitkan ia dengan kristian dan yahudi dengan meletakkan persepsi seolah2 tindakan itu buruk dan berniat jahat sangat. Kalau ye pun tiru apa ada masalahnya?

Kita tiru orang yahudi yang cipta facebook main facebook.
Kita tiru orang barat yang entah apa agamanya guna komputer untuk lancarkan kerja2.

Kita dah tiru banyak benda. Ia tak pernah menjadi isu pun. Macam kita tiru pembinaan kilang arak dan pembinaan kasino. Apa sangat dengan tiru tabur bunga? MASALAH SANGAT KE berbanding JUDI-JUDIAN dan ARAK-ARAKAN?

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »