Video Buku Boleh, Belacan Pun Boleh - Cikgu Kantoi Cuba Memalukan Anak Murid Sendiri.

Mungkin cikgu tue tatau. Tak concern akan yang mendatang akibat sebaran video tersebut yang mula2 dikesan melalui aplikasi wassap sehingga tersebar di laman2 sosial.

Aku tengok gak video tu. Tapi aku dah delete. Memang aku rasa tak lawak langsung walaupun aku dengar suara orang2 gelak.

Jangan salah faham. AKu bukan ada ahti nurani yang baik. Aku bukan boleh ramal apa yang terjadi kat adik tue. Cuma ikut apa yang aku nampak, aku pun ada buku2 berupa macam tue dulu. So jika aku gelakkan adik tersebut macam aku gelakkan diri aku. Maka, malas la aku nak gelak2kan benda2 yang aku sendiri pernah lalui. Macam haram aje aku rasa. Lagipun. Aku reti malu juga woi.

WAKAKA..

Kata salah seorang yang terkesan dengan penyebaran video tersebut ;

 

Rupa2nya cikgu tue suruh murid tersebut lakonkan semula alasan yang dia dah beri kat cikgu tue awal2 lagi.

Cikgu tue rasa lawak la tue. Nak buat modal gelak. Cikgu tue takde niat negatif. Aku percaya. Cuma sayangnya cikgu tue lupa. Yang budak2 zaman sekarang terdedah dengan zaman internet. Pendedahan di internet ada akibatnya. Ia samada boleh memalukan ataupun mempopularitikan kita. Dalam kes adik Syafiqa ini, ia dah masuk dalam kategori memalukan. Maka dia rasa segan tak pasal2 disebabkan kena ejek dengan quote buku boleh, belacan pun boleh.

Yang sebenarnya. Aku tatau sangat kehidupan adik Syafiqa tue macam mana. Tapi isu buku jadi rosak disebabkan dia miskin tak tepat. Buku2 aku dulu ada yang jadi macam tue. Aku miskin memang miskin tapi bukan miskin yang membuatkan buku2 aku jadi macam tue. Buku2 aku jadi macam tue disebabkan aku letak berterabur. Ataupun kadang2 aku secara kasar menarik buku tersebut dari rak ke. Bergaduh adik beradik then buku jadi mangsa ke. Ataupun kadang2 air minuman tumpah dalam beg sekolah. Macam2 sebab ada. Tapi cikgu pun setahu aku la kan. Buku budak2 darjah 3 dan ke bawah selalunya cikgu simpan. Cenderung simpan disebabkan murid2 asyik hilang buku ataupun lupa bawa dan kadang2 kena koyak akibat buat roket.

So, cikgu dalam video neh taknak tiru ka pendekatan cikgu2 lain?

Daripada malukan dia baik bantu dia macam mana nak selesaikan masalah buku teruk tue.

Hahahaha.. 

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »