t>

Breaking News

22 Ogos 2014 Hari Perkabungan Negara - Semua Pihak Perlu Kibarkan Bendera Separuh Tiang Kata JPM.


Hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengeluarkan arahan supaya bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara, dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada Hari Perkabungan Negara yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi MH17.

"Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan, selaras dengan pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri, bahawa hari Jumaat, 22 Ogos 2014, telah diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara bersempena dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia,"

Antara peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua rakyat Malaysia ialah ;


1. Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.

2. JPM juga menekankan agar peraturan hari berkabung itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.
 

Untuk rekod, hari perkabungan ini telah diumumkan oleh timbalan perdana menteri Malaysia iaitu DS Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos hari tu bagi memperingati mangsa2 nahas dalam tragedi #MH17. Nahas tersebut mengorbankan 283 penumpang berbilang bangsa, agama dan warganegara serta 15 anak kapal MAS.