t>

Breaking News

8 Ogos Hari Boikot Mcdonald's Malaysia - Mcdonald's Gempur Kempen Boikot Dengan Burger Percuma.


Pada 8 Ogos ini.

Rakyat Malaysia sayang Gaza telah melakukan satu kempen besar-besaran. Ia mungkin sehari tetapi ia berperanan untuk menimbulkan kesedaran. Ia memang sekejap tetapi apa yang penting kita nak sampaikan mesej kesedaran. Kita nak pupuk kefahaman terlebih dahulu. Sikit2. Slow2. Kita nak didik orang dan bentuk komuniti untuk menyokong usaha boikot mekdi. Usah prejudis dengan mengutuk sana sini. Memperlekehkan. Mempersendakan. Atau apa.

Lebih kurang macam mini hartal. Mini mogok. Kita buat kecil2an. Dan mungkin, siapa tahu kempen mogok ini boleh diperluaskan kepada isu2 lain pula di Malaysia. KEMPEN MEMBOIKOT MEKDI SELAMA 1 HARI = 12 JAM IALAH PERMULAAN KEPADA SATU KEMPEN KESEDARAN UNTUK MEMUPUK KEFAHAMAN ORANG RAMAI APA YANG MAMPU KITA BANTU GAZA DENGAN MELAKUKAN BOIKOT.

Bila semua orang tak pergi mekdi dalam masa 12 jam orang kiri kanan tengok mekdi lenggang.

Yang tatau akan jadi tahu.

Remaja2. Anak2 kecil. Atau ibu bapa yang sibuk bekerja mungkin akan sedar akan fenomena itu bila lalu depan mekdi.

Pelik kan tengok mekdi lenggang.

So dorang akan tertanya. Ambil tahu dan dari situ kita akan tanamkan semangat ingin tahu dorang dengan fakta2 yang sahih. Kita jangan selitkan kempen boikot mekdi dengan elemen fitnah. Jangan tokok tambah cerita yang tiada. Cakap yang sebenarnya aje sudah. Mekdi Malaysia ialah perniagaan berdasarkan FRANCHAIS. Setiap FRANCHAISE membayar FRANCHAISOR sejumlah wang tiap2 bulan kerana menggunakan jenama tersebut. Wang itu meskipun FRANCHAISE membayar kerana terpaksa 'atas nama guna label' bukan kerana sokong kekejaman israel tetapi bila bayaran wang KOMISEN semakin kurang maka SYARIKAT FRANCHAISOR utama akan terjejas. Keuntungan mereka susut. Bantuan mereka kepada israel akan berkurangan. Macam mana nak support israel bila mereka juga tak mampu nak operate syarikat mereka sendiri akibat kekurangan dana?

Ini sahaja point untuk mereka.

Point tambahan. Makanan ini tidak menyihatkan. Ia menjejaskan tubuh badan kita. Tak baik makan selalu. Mengemukkan. Kalori tinggi.

Jangan dok merepek citer pasal sapa makan mekdi dia berdosa la. Makan darah la. HARAM la apa la. Itu semua jenis islamis2 yang bersikap memaksa. Ko tak dapat nak pujuk orang sokong ko baik2 ko serapkan elemen pemaksaan supaya mereka akhirnya terima apa yang ko mahu mereka terima.

Tak payah la bersikap menghukum. Judgementalisme melulu tak diperlukan. Bukan tengah cari musuh. Tapi kawan. So jangan meroyan ke arah point2 yang tiada kaitan sama sekali dengan kempen boikot kita. Nak2 menyerapkan elemen2 keagamaan pada non muslim. Ko ingat dia kisah bila ko cakap makan mekdi tue haram? Dorang tak terikat kot dengan hukum hakam agama. Tapi ko boleh pupuk semangat kesedaran bahawa kesian kat anak2 PALESTINE kena bunuh akibat keuntungan yang disalurkan kepada mereka oleh sesetengah syarikat.

Sesetengah dari mereka akan menolak pandangan ko atas sebab mereka bekerja disitu. Memiliki restoran mekdi. Sedara mara bekerja disitu. Pelabur. Atau pembekal. Jadi jangan nak kepala angin sangat. Relax sudah. Mereka melindungi ekonomi mereka.

Kita amek jalan tengah. Kita nak boikot kita boikot. Jangan berlebihan2 sampai serapkan elemen menghukum dan memperlekehkan tak tentu hala.

Sekarang 5 OGOS. 3 hari lagi akan menjelma 8 OGOS. Gunakan masa 3 hari neh sebaik2nya untuk promote kepada kawan2 kempen neh. Sebarkan di wall masing2. Malas tulis copy paste sudah. Malas copy paste share link. Buat apa sahaja. Share poster pun boleh. Viralkan isu neh biar semua tahu apa yang kita kena buat pada 8 OGOS nanti. Pada hari yang sama juga mekdi mengumumkan melalui Hitz FM bahawa mereka akan mengedarkan burger dan minuman percuma di masjid2. Apa maksudnya tue? Itu semua makanan. Adakah kita nak buang? Nak campak? Bakar? Pijak? Atau rezeki jangan ditolak?

Bagi aku kita boleh makan.

Dan mekdi pun pandai berpropaganda. Kita tahu kita nak boikot dia pada 8 OGOS. Dan2 pada 8 Ogos nak bagi burger free. Kat masjid2 terpilih pula tue. Untuk apa?

Apa permainan dia kat sini?

Yang tue nanti kita fikir nak counter attack macam mana.

Apa pun kita share dulu kat kawan2 kita. 8 Ogos. Hari hartal mekdi. Adakah mekdi akan KOSONG pada 8 OGOS ini? Adakah rakyat Malaysia boleh bersatu pada hari hartal mekdi? Kita sama2 tunggu dan lihat apakah kempen kita akan berjaya atau gagal pada hari tersebut nanti.

Kbai.

Updated ;

Rumours pula dah kata Hitz.fm. Gambar2 yang disebarkan oleh plus rotikaya pun dah delete. Maka rumours la nampak gayanya.

Lihat penafian mereka ;


Apa pun teruskan dengan hari tanpa mekdi pada 8 Ogos nanti.