t>

Breaking News

Angkara Bahasa, Mesyuarat DAP Kelam Kabut Sampai Nak Lapor Polis.

Kali neh bergaduh pasal bahasa pula. Aku taknak sebelah mana2 side. Aku keliru lagi la ada. Semua bercakap dalam masa yang sama. Sapa nak mendengar? Langsung takde diplomasi. Aku rasa. Mereka dah tunggu berapa ketika kat situ sebelum bertindak rakam mesyuarat tersebut yang dibuat dalam bahasa cina.

Mungkin. Mula2 dorang fikir nak bercakap dalam bahasa cina dan kemudian translate ke bahasa melayu.

Tapi nampaknya taktikal dorang tersilap. Ahli dap yang tak faham bahasa cina bengang lagi ada. Yang sebenarnya ko cakap aje la dalam bahasa Malaysia terus. Kalau ada yang tak faham ko translate la dalam bahasa cina ataupun english.

Kenapa ko kena cakap bahasa Malaysia (i mean, utamakan) sebab ko duduk di Malaysia la. Apa jenis orang Malaysia yang taktau tentang bahasa kebangsaan sendiri.

Tapi tak la aku nak menyalahkan ataupun membela mana2 kumpulan yang bergaduh dalam video kat bawah neh. Susah kot nak buat penilaian hanya berdasarkan rakaman pendek. 

Tengok la kejap ;




Cuma boleh la kita up sikit. Pengajaran dari kisah ini. Bahasa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum. Kalau itik dan ayam berkomunikasi syok sendiri masing2 tak faham apa yang masing2 nak sampaikan pun tak guna juga. Macam mana nak bertukar2 pendapat, macam mana nak saling faham memahami, macam mana nak belajar untuk bekerjasama dan saling bertolenrasi. Semua itu memerlukan langkah pertama. KOMUNIKASI. 

Nak communicate apa dengan kau kalau kau tak faham apa aku sembang dan aku pun tak faham kau sembang apa. Ada baiknya juga jika DAP buat kelas bahasa malaysia untuk ahli2 mereka. Manakala PAS pula boleh buat kelas bahasa cina (macam mandarin, hokein, kantonis) untuk ahli2 mereka. Ataupun buatla macam kursus berbayar kat sekolah2 PASTI. Kelas bahasa mandarin dan arab. Boleh tambah income. Atau buat kolum khas kat dalam HARAKAH ONLINE mahupun cetak. Kalau penulisan, bahasa cina ada mandarin je kot tak silap aku. Disamping itu kalau ada orang mengata kita dalam bahasa mandarin kat facebook, kita boleh faham. 

Okay tak idea aku?

HA HA HA