t>

Breaking News

Bayi Baru Lahir Dicampak Ke Longkang.

Mana la pergi ahti perut mak budak neh ek. Campak anak sendiri dalam longkang. Tatau la dia campak hidup2 ataupun tidak tapi mana la perginya ahti perut dia ek? Tak boleh tanam ke? Kenapa nak buang anak macam buang sampah ek? Tak rasa simpati ke walaupun pada anak sendiri ek?

Manusia2 zaman sekarang nampaknya mengutamakan nafsu berbanding bersikap perikemanusian. Walaupun cakap banyak kali, walau diberi bukti, hujah dan keterangan, masih lagi ada yang berdegil menuju ke jalan zina sehingga merosakkan diri.

Apa la nak jadi.


Mayat seorang bayi perempuan lengkap dengan tali pusat ditemui dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, semalam.
    
Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Mohd Yusoff Awang berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi.
    
"Ketika ditemui bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masa ada," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
    
Beliau berkata pemeriksaan pada bayi berkulit cerah itu terdapat kesan calar pada dahinya dipercayai akibat dicampak ke dalam longkang tersebut.
    
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

- Bernama