Cina Ipoh Kaki Bogel - Saksikanlah!

Apa perasaan kau agaknya ye? Kalau tetiba2 ada orang nampak sesuatu perkara dan dia tulis status macam neh.

Melayu Johor semakin up to date. Dari berbaju kini berbikini!

Woooawww.. woawww..

Nanti dulu. Apa kaitan dengan melayu Johor dengan melayu yang berbikini? Takde kaitan kot. Lagi satu, sapa pula tahu melayu yang berbikini di Johor semestinya orang Johor? Takan sebab berbikini di Johor terus nak cop orang tue orang Johor plak?

HA HA HA

Aku rasa macam tue la juga kot yang cina Ipoh rasa bila tak pasal2 dipalitkan sepasang manusia yang berseksi di atas jalanan dengan 'bangsa + daerah kelahiran'.

 
Aku tak pasti sangat kenapa dorang tangkap gambar tue. Mungkin gambar kahwin agaknya. Laki tue macam nak show off dia punya muscle. Perempuan pula macam nak tunjuk dia seksi. Tatau la aku apa imiginasi pasangan kekasih ataupun suami isteri (agak aje) tersebut.  Tapi apa kaitannya dengan CINA IPOH disitu?

Dah p interview depa ka? Confirm depa orang Ipoh?

Dan, confirm ka CINA IPOH tue perkataan yang sesuai? Benda2 macam neh la buat orang sentap. Ada juga sesetengah geng2 cina kalau kat page depa pun laju2 aje kutuk melayu kat ruangan komen. Tulis melayu melayu melayu. Ada juga yang sedikit bijak. Tulis melayu UMNO. Tapi itu pun tak berapa tepat. Sebab melayu2 UMNO tak la jahat semuanya. Tapi ye la. Benda2 macam neh la kadang2 buat orang rasa sentap. Bila sentap mula la bergaduh.

Nak2 kalau dapat posting macam neh. Tetiba semuanya nak dikaitkan dengan UMNO.

 
Hak ala.

Kan dah kena sound setempek.

 
Ini perbuatan individu. Apa pasal pula dikaitkan dengan siapa yang mentadbir negeri? Ye la, UMNO tue pun bingai juga. Tapi still, ini tindakan individu. Zaman sekarang ko terai selak majalah2 yang agak2 kewanitaan, setakat gambar perempuan berbikini dah tak heran dah. Tahu tak yang jual baju dalam wanita untuk bentuk badan tue? Yang tue artis melayu lagi jadi model tau. Apa nak heran kalau ada yang non muslim yang berbikini tangkap gambar kahwin?

Benda neh biasa kot. Filem melayu, drama melayu yang seksi pun dah biasa. Padahal itu orang Islam. Untuk orang bukan Islam apa pula nak dihairankan. Orang melayu boleh berseksi, apa sebab orang bukan melayu tak boleh nak berseksi? Betul tak?

HA HA HA

Belum cukup kuat lagi kita melawan dan membetulkan tindakan umat Islam. Belum cukup bagus lagi. Rasa malu juga nak tegur mereka2 neh. Majalah Mangga pun laris tiap2 bulan. Apa ada hal.

Share this :

Previous
Next Post »