Dah Orang Tak Suka Saya - Respon Khalid Ibrahim Kenapa Berhenti Sebagai MB.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor kerana merasakan dirinya sudah tidak diperlukan lagi.

“Dia orang dah tak suka saya dah,” katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selepas pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang petang Selasa.

Kenyataan tersebut turut diiringi gelak ketawa pemberita yang hadir pada sidang media itu. Malah, Khalid turut enggan mencampuri urusan pemilihan calon menteri besar yang baharu dan akur dengan pilihan menteri besar yang akan diputuskan oleh baginda nanti.

“Saya ikhlas dan akur dengan keputusan kepada pilihan yang diputuskan baginda.

“Saya akan menjalankan tugas mentadbir negeri seperti biasa bersama empat ahli exco PAS sehingga pelantikan menteri besar yang baharu selesai,” katanya.

Beliau turut mengakui tidak mahu dilantik semula sebagai menteri besar jika diberi kepercayaan untuk mengalas jawatan tersebut. 

“Tidak (terima jawatan jika dilantik sebagai menteri besar). Saya amat gembira melepaskan jawatan ini,” katanya.
Terdahulu, Khalid menghadap Sultan Selangor untuk menyembah maklum permohonan beliau untuk meletak jawatan.

Namun, Sultan Sharafuddin menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar yang baharu ditentukan. -ST-

Share this :

Previous
Next Post »