Dr. Maszlee Tegur PR - PAS, PKR Saling Dedah Keburukan Masing2 Di Media.

Ada juga orang yang fikir macam apa yang aku fikir. Kalau kita yang bercakap takan ada mana2 media yang amek port dan sebarkan kenyataan kita. Bagus juga Dr. Maszlee bercakap. Kurang2 media lapor. Setempek kena kat muka pemimpin2 PKR dan PAS. Biarla depa terasa. Memang patut pun mereka terasa.
Kegagalan PAS dan PKR yang kini saling londeh melondeh sesama sendiri dalam isu krisis menteri besar Selangor menimbulkan kesangsian sama ada mereka mampu menjadi alternatif sebenar kepada BN.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik (bawah) hari ini.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan antara satu sama lain.

“Di dalam kes di Selangor (ia) telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Maszlee melihat krisis itu menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana “politik baru” yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Katanya, walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.

“Malah, dalam sesetengah insiden, terdapat pemimpin bawahan parti-parti Pakatan yang akan menggunakan media umum untuk menunjukkan bangkangan mereka terhadap kesepakatan majlis presiden,” katanya.

Katanya, perkara itu menyebabkan ramai pihak yang telah meletakkan harapan kepada Pakatan pada dalam pilihan raya umum lalu dan akan datang “keliru, hampa dan kecewa”. -MKINI-
 

Share this :

Previous
Next Post »