Giliran Ambiga Kena Balon Kaw2 Sebab Persoal Khalid.

Tanya saja. Biasalah pemain media macam kami. Kadang2 saja selit dengan unsur2 provokatif bagi nak menarik pembaca. Aku rasa part neh aku cuba berlakon suci pun tak guna. Macam la orang takde akal nak menilai kan. Mengaku sudah. Nak marah ke nak kutuk ke apa ke lantak kau la. Janji aku berterus terang.

HA HA HA

Tadi. Baca Malaysiakini. Pasal Ambiga persoalkan Khalid Ibrahim. Mana dia tahu dia ada sokongan majoriti di Selangor. Khalid Ibrahim perlu menamakan individu2 yang sokong dia. Ambiga mahu tahu dan TSKI perlu membuktikan perkara berkenaan.

Dan nak tahu apa?

Ini first time aku nampak. Aku juga klik profile2 dorang. Tak semua tapi secara rambang untuk pastikan idelogi politik mereka. Dan, guess what? Geng2 PR kot. Tak dipastikan samada partisan ataupun tidak, atau sekadar rakyat biasa tapi yang pasti mereka2 ini geng2 PR. 

Ini juga first time la kan, aku tengok Ambiga kena lauk kat Malaysiakini versi BM. Versi ENGLISH ada. Kes apa tah tak ingat aku tapi pasal BERSIH gak kot. Cuma kali neh rata2 pengomen beranggapan Ambiga si sibuk yang cuba bersuara bagi pihak Anwar. Yang tak syoknya, ada juga komen2 racist biarpun dari geng2 PR. Apa2 tah. Cuba la focus kritikan pada Ambiga secara khusus tanpa melihat agama dan bangsa dia. Hadoi la.

Dalam banyak2 komen tue, ada yang sokong Ambiga. Cuma sayangnya ia ditenggelamkan dengan kutukan2 terhadap Ambiga kerana persoalkan Khalid. Lepas sebar neh maka gerakan besar-besaran akan dilancarkan bagi menenggelamkan komen2 marah Ambiga kepada sokong kenyataan Ambiga pula kan kan kan?

HA HA HA

Baca la sendiri okay..






Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/271239

Share this :

Previous
Next Post »