Giliran Anwar Pula Tarik Balik Saman Terhadap Syed Hamid Albar.


Kebelakangan ini kita lihat ramai pemimpin2 pembangkang menarik semula saman mereka terhadap pemimpin2 BN. Dan begitu juga sebaliknya dengan pemimpin2 BN yang menarik semula saman mereka terhadap pemimpin2 PR. 

Yang terbaru ialah kes saman RM100juta Anwar kepada pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar. Kes itu mula difailkan pada tahun 2008 tetapi baru sekarang mereka mendapat penyelesaian yang mana DSAI tarik balik saman tanpa kos. 

Syssss.. kenapa senario ini seperti nampak pelik pada aku?

Haha.

Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar tanpa kos, selepas defendan meminta maaf berhubung satu artikel di mana Anwar didakwa sebagai pengkhianat.

"Kami berjaya selesaikan secara baik, walaupun ia dalam kamar. Tan Sri Syed Hamid berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan saya, dan tidak menganggap artikel itu sebagai tepat.

"Oleh kerana kekeliruan ini, beliau memohon maaf, dan saya menerimanya secara positif. Saya menarik balik saman saya kerana beliau memohon maaf, kerana beliau tidak berniat demikian," kata Anwar kepada  pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008, dan menamakan Syed Hamid dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Share this :

Previous
Next Post »