t>

Breaking News

Isu Kiki Dan Kelvin - KJ Jawab Wakil Rakyat DAP.


Kata Khairy Jamaluddin ;

Sebenarnya saya dah jangka dah akan akan komen seperti ini. Dibawah adalah status terbaru Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP. Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang. Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu public interest atau kepentingan umum. Bila kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan.

Tetapi yang buat saya rasa tidak puas hati adalah para kedua YB Bukit Mertajam. Dia memberi maksud kita patut belajar untuk ketawakan sahaja orang macam Kelvin dan rasa simpan marah terhadap kesalahan sebenar (seperti Kiki). Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan lah. Just ketawakan sahaja kebodohan itu. Just laugh at it. 

Minta maaf lah kalau ada rakyat Malaysia yang masih lagi pegang kepada keharmonian rakyat dan menjaga sensitiviti agama dan kaum. Minta maaf lah kalau ada yang masih anggap komen-komen yang menghina mana-mana agama atau kaum sebagai kesalahan hate speech yang boleh diambil tindakan undang-undang. Minta maaflah kami ini tidak se-matang, matured and enlightened seperti DAP yang boleh gelakkan sahaja penghinaan kepada mana-mana agama.

Kalau mahu negara dimana penghinaan terhadap agama hanya ditangani dengan nasihat "Chill lah. Just laugh it off," you know which party to vote for. Kalau masih lagi nak jaga keharmonian dan sensitiviti kaum secara adil dan tegas, you know which way to go.

For the record, saya menentang semua komen yang hina agama atau kaum. Poei Gugel. Saya pernah lawan Perkasa dan ISMA bila mereka menghina Cina dan non-Muslim. Dan saya mahu Ustaz serbuk kari tu kena sekali dengan Kelvin. Itu baru adil. 

Serah pada SKMM, PDRM dan AGC.

Satu lagi. Jangan buat komen rasis kat sini. Komen Kelvin bukan lesen untuk siapa-siapa buat komen yang rasis kepada mana-mana kaum. Jangan awak pula jadi Kelvin.

Ada benarnya kata2 KJ. Oleh kerana KJ juga sering menolak unsur2 racisma yang dibuat oleh geng2 PERKASA dan geng2 sendiri hujah dia aku terima. Tapi separuh aje la. Dia juga sepatutnya menulis bahawa bila UMNO buat tindakan RACIST secara terbuka, UMNO juga tidak dikenakan tindakan apa. Bukan Kelvin je yang tak dikenakan. UMNO pun tak kena juga. Bukan setakat racist aje kot. Samseng pun sama OoOoOoOOoo KJ.. Dah lupa ke?

Apa citer??

HAHAHAHAHAHA..