Kekejaman SPA Tersebar - Baca Luahan Calon Peperiksaan!!!

Inila kerajaan kau. Kalau kena kat aku mao 10 perenggan maki tak henti. Lepas maki minum air sat. Makan maggie. Then sambung maki. Angin punya pasal. Aku yang baca pun sakit ahti. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kalau sistem tue belum berkeupayaan untuk digunakan maka jangan guna. Bangunkan sistem dulu la. Jangan menganiaya orang. Apa kau neh SPA. Menyakitkan ahti betul la.
Baca luahan kat bawah neh sat ;
Ya. Saya merupakan calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam penolong penguasa kastam gred w27. Saya dijemput menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27.
Secara ringkasnya apa yang boleh saya nyatakan “KECEWA” dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang mengendalikan Peperiksaan Online ini. Kecewa dari segi teknikal sehingga pengurusan ! KECEWA YANG AMAT !
Berikut merupakan Faktor Yang Perlu Diambil Perhatian Oleh Portal Rasmi SPA !!!
1. Kami menerima SMS jemputan itu amat baik
2. Kami menerima Email jemputan itu juga baik
3. Maklumat yang kami terima amat terhad dimana link pautan untuk calon yang akan menduduki peperiksaan tidak disertakan melalui email? Yang ada cumalah “Calon boleh menyemak keputusan melalui portal SPA di www.spa.gov.my. “
4. Bila diteliti semula lagi 30minit sebelum mula peperiksaan barulah Fan Page Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengeluarkan Link Pautan Bagi Calon.
Soalan saya. Kenapa tidak maklumkan awal-awal kepada calon sahaja menerusi email ? Berapa ramai yang follow Fan Page Facebook SPA? Sekurang2 nya 24jam sebelum peperiksaan. Tidaklah calon menggelabah tidak dapat akses website rasmi www.spa.gov.my
5.  Masalah akses masuk ke link pautan mengikut angka giliran.
Ya. Ini masalah yang paling besar dihadapi oleh calon peperiksaan online penolong penguasa kastam kali ini. Sudahlah dapat lambat kemudian ada masalah nak akses. Jadi “This Webpage is not available”.
Komen saya : Sepatutnya masalah overload tidak akan berlaku kerana pihak SPA sudah tahu berapa ramai calon dan server apa yang patut mereka guna pakai bagi membolehkan semua calon dapat akses dengan baik.
6. Jawab soalan dan nak pergi ke “Seterusnya” terus hilang soalan dan website menjadi “This Webpage is not available”
Saya rasa amat kelakar kerana server kerajaan menjadi sebegini rupa. Ini part yang paling best. Bila nak masuk semula boleh pula kosong dan kena jawab semula.
7. SPA MENGECEWAKAN CALON !
8. Ramai yang dapat akses pada Seksyen A tetapi tidak pada Seksyen B
9. Ramai yang dapat akses lagi 15minit nak tamat. Soalan kemain susah. Jadi macam mana nak lulus
10. Sebenarnya SPA nak bagi jawatan itu kepada calon atau tidak?
11. SPA ZALIM kepada Calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Ya inilah bahasa dan ayat yang tepat untuk Pihak SPA !
Berikut Pula Merupakan Keluhan dan Pengalaman Calon Yang Lain Menduduki Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Yang Sudi Berkongsi di Facebook Fan Page Prof Hariz
SPA ZALIM
Ain Aripin : seksyen C ok sy jwp..byk masa lagi..tp pelik kenapa tulis soalan yg sudah di jwp 197..padahal 200 soalan sy jwp..semua color hijau..tp seksyen B puk 10.30 kata dh tamat masa..lepas tu terus hang..seksyen A lagi sedih byk x dpt jwp sbb lambat dpt log in link sbb traffic jem web spa..padahal awal2 pagi dh cuba utk akses link spa..pada pendapat sy exam secara online masih tidak efektif utk dijln kn di malaysia,,spa perlu kaji lg dgn sisitem yg lebih baik
Aimy Ayumie : bkn part C saja..dari part A smpai C..masalah sama..jawab 5 soaln kena kick..then bila masuk, kena buat balik dari mula..keep repeat smpai masa yg ptt ada lg 20min tiba2 tinggal 1 min..then automatic kena kick n xleh masuk..part B stiap kali jawab 3 soalan, kena kick n kena buat dari mula..jawapan yg diisi tidak disimpan..kena buat kembali dari awal.. tp part C lg terukk… bg masuk buat 2 soalan ja..then lps tu xleh nk masuk dh..internet 100mbps kot..paling laju..tp server SPA xleh nk tampung org yg buat exam..akhirnya, kita la jadi mangsa… mohon SPA mengkaji semula kaedah ini yg mana lebih menganiaya kami yg nk amik exam yg terpaksa amik cuti dan melapangkan masa utk mjawab soalan yg x kluar2…
Dhiya Lara server 06 langsung xleh masuk utk seksyen C
Nurul Nadia : sampai nk abis masa xleh jwab..asl la teruksgt ni..pnat tggu..
Wiyana Wzawawi apasal dh hbs jwb smua dh hijau..tp tgk soalan dijawab cuma 102 je..then tiba2 jd webpage not available..msa ade lg..huhuhuhu
Bahiyah Manan : npe bhgn c xbole msok lg
Faiezi Zuladzni sy problm kt sec B.. dia bg 20 min (9:55-10:15) je..sempat jwb separuh je 
Fazeerul Mohd Isa : komen saya – bukan part c ja..smua part kot..

part a – dpt jwb dlm 20+ soalan ja..sbb apa? bila tgh jwb, auto log-out..bila log in blk, soalan yg dah jwb xsave pon..sesetengah ja..so dok ulang benda sama smpai lebam

part b – jwb dlm 10+ tp xtau la sistem tgkap/save ka x jawapan..kes yg sama mcm part a

part c – xboleh log in lgsung, malahan nk loading website (sy server #22) pon xbleh, keep reloading/refreshing smpai lebam..then tgai lg lebih kurg 15min bru website bleh bukak, tu pon xleh log in..bila bleh log in, dok jawab ja auto log-out lg..then tgai 3 minit lg bjaya jwb smp 30 soalan..tu pon xtau sistem save ka x jawapan2 sy..

terima kasih Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ! ramai yg korbankn mas kerja/cuti depa utk hadirkn diri exam kalii ni..tp cmni yg kami dpt?

projek server/network juta2/ratusan ribu..tp sistem sdri xbetul..kami ni dah lama apply..sy rsa sy pnya pon lebih kurg +-5 tahun dok apply SPA..ni 1st time dpt..tp dah pengalaman burok cmni..xkesian ka kt kami? sy lg kesian pd yg xdak kemudahan internet, pstu kan pi cc..kesian lg pd yg dok kpg/ atau pendalaman atau bahasa kami “dok ceruk tokun nuh” nk kna kluaq cari transport, cari kemudahan inter, tp jd cmni? ampa ni SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN xdak perasaan ka?
Geetha Anandan : portal spa tak dapat login semasa saya cuba untuk masuk. Saya call spa banyak kali tapi semua line mereka busy. Tiada jawapan daripada mereka. Saya hanya dapat akses portal itu pada jam 10:30am dan sudah semestinya seksyen a dan b sudah ketinggalan dan hanya dapat membuat soalan seksyen c sahaja.

Soalan saya adakah cara lain untuk menduduki semula peperiksaan itu? SPA perlu kaji sistem mereka sebelum bagi exam!!!!
Macadamia Hazel : Sek. C xdpt jwb sbb xleh bkk…apecite nie,sume owg bharap kot tp server suck!..
Plss prof…usulkan tuk repeat lae or better wat manually…buang mase cuti n hrapan je….Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) DAMN!!!
Mohd Khairul Amin : Sy plak kat seksyen B, dia bagi masa menjawab hanya 30minit shaja, padahal masa sbnar 45minit kan.sy punye time out utk seksyen B pd 10.25am..lpas 10.25am tu sy cuba refresh bberape kali utk masuk blk, tgk2 bila dapat masuk blk soalan yg dijawab smua putih, time remaining 10minute.soaln smua jd xjwb langsung…trus putus asa..
Untuk lihat komen yang lebih banyak dan ingin meluah perasaan anda boleh tinggalkan di Fan Page Prof Hariz atau di ruangan komen ini
Bukti Gambar-Gambar Kezaliman Kepada Calon Semasa Menghadiri Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27
SPA ZALIM LA
Akhir kata ; Apabila kezaliman melata di setiap penjuru, ia bagai kandungan yang menunggu saat untuk pecah. Jika ia tidak dikawal, pihak SPA mungkin tidak lagi akan mendapat perhatian. 
Doa saya sebagai calon peperiksaan online yang dizalimi pada 5 Ogos 2014. Semoga anda mendengar keluhan dan pengalaman ini dan tolong ambil tindakan segera.
Jika tidak mampu buat online teruskan saja dengan peperiksaan bertulis. Ramai yang terpaksa ambil cuti kerja semata-mata untuk menghadiri peperiksaan online ini. Terima Kasih juga dengan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 yang sangat membantu. 

Share this :

Previous
Next Post »