t>

Breaking News

Naikkan Tambang Bas Atau Kami Gulung Tikar - Pengusaha Bas Ekpress Kepada SPAD.


Tahun lepas penguasaha bas ekpress ada buat usul meminta kerajaan mengkaji kenaikan tambang bas. Usul mereka meletakkan cadangan naik sehingga 30% merujuk kepada destinasi. Usul tersebut mendapat tentangan hebat rakyat Malaysia terutamanya yang bergerak menggunakan pengangkutan awam. Dengan pelbagai kenaikan demi kenaikan adalah amat tidak wajar penguasaha menaikkan lagi tambang bas ekpress.

Pengusaha bas ekpress meletakkan faktor ;

1. Pertambahan modal operasi

2. Pengurangan subsidi minyak

3. Pengenalan gaji minimun

4. Faktor kos sara hidup

5. Kenaikan kadar tol 

6. Kenaikan harga alat ganti / penyelenggaraan

Antara penyebab kenapa tambang bas ekpress ini perlu dinaikkan. Pada mulanya ketika usul tersebut kecoh di media, SPAD diperlihatkan agak bersetuju dengan permintaan tersebut. Namun selepas bantahan demi bantahan dilakukan oleh rakyat, SPAD menangguhkan kenaikan dan memberikan maklum balas bahawa kenaikan tambang hanya akan ditentukan selepas hari raya Aidilfitri.

PMBOA iaitu ahli2 penguasa bas ekpress sekarang menuntut janji daripada SPAD. Bersedia meluluskan usul menaikkan tambang bas ekpress ataupun bersedia menghadapi situasi yang syarikat2 ini mungkin gulung tikar. Jika syarikat2 ini tidak beroperasi ataupun menyediakan perkhidmatan maka apa akan jadi kepada pelanggan2 yang perlu bergerak menggunakan bas ekpress? Kakitangan mereka?

Menurut penguasa bas ekpress, naik atau tak naik rakyat tetap akan terjejas. Kalau naik, pengguna akan berdepan dengan risiko kenaikan kos sara hidup = pertambahan perbelanjaan untuk tambang tapi kalau tak naik pula pengguna akan berdepan dengan risiko kekurangan perkhidmatan apabila bilangan bas terpaksa dikurangkan, ataupun penggunaan bas yang uzur dari segi penampilan.

Inila yang berlaku bila kerajaan kau sibuk sangat potong subsidi sana sini. Naikkan tol dan apa jadah. Balik2 rakyat juga yang kena tempias.

Apa pun tak boleh.

Rujukan : sini