t>

Breaking News

Nurul Izzah Minta Maaf Pada Nong Chik Pula.


Ada sesuatu yang tidak kena. Sebenarnya takde la apa sangat. Cuma mungkin ia secara apa orang kata, berturut2. Itu yang buat orang rasa hairan la.

Pertama. Shahrizat tarik balik saman ke atas Rafizi.
Kemudian, Shamsul Iskandar minta maaf pada Jamil Khir kerana timbulkan kekeliruan. Kes tue selesai selepas Shamsul mohon maaf dan Jamil Khir tarik balik saman.
Kemudian, Zahid Hamidi minta maaf pada Tony Pua isu saman juga. Saman tue Tony Pua dah tarik balik ye.
Kemudian, Nurul Izzah tarik balik saman dan setuju selesai luar mahkamah dengan Utusan.
Kemudian, Nurul Izzah minta maaf pada Raja Nong Chik. Raja Nong Chik kan saman Nurul Izzah isu menjejaskan nama baik dia ketika kempen pru ke 13 hari tue. Yang neh tatau apa keputusannya lagi. Tarik balik atau apa. Yang pasti ianya berturutan.

Dua benda yang aku fikir.

Pertama. Mungkin masing2 dah penat asyik saman antara satu sama lain dan turun naik mahkamah apa semua.

Ataupun, yang kedua. Mungkin ini sebahagian dari apa yang termaktub dalam konsensus nasional antara PR dan BN, Najib dan Anwar dalam memastikan kelansungan kuasa Najib sebagai PM dari campurtangan Mahathir.

Entah la..

Baca permohonan maaf Nurul Izzah kat bawah neh ;

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas. -MKINI-