t>

Breaking News

Pandangan UZAR Tentang Krisis MB Di Selangor.

Dari kesimpulan yang aku nampak point UZAR ;
1. TSKI perlu berundur. Bagi aku TSKI memang akan berundur. Dia cuma ada masa 3 bulan aje. Itu paling lama tau. Cuma sekarang dia main2kan dulu PKR dan DAP. Mungkin sakit ahti sebab difitnah dan diaibkan oleh kawan2 sendiri.
2. Rata2 beranggapan tuduhan yang dilemparkan ke atas TSKI adalah fitnah, itu sebab guna ayat walaupun tidak bersalah bagi mengambarkan pertuduhan yang dikenakan ke atas TSKI.
3. UZAR juga berpendapat jika PAS memang sudah ada masalah bertimbun2 dengan PR, inila masa yang paling sesuai untuk keluar PR dan jika tidak, maka PAS perlu kembali kepada PR dengan lebih mengutamakan kesepakatan dan kerjasama antara parti2 komponen.

4. PAS diminta menunggu sehingga 17 OGOS sebelum bertindak membuat apa2 kenyataan media. Kelak bercanggah antara sebelum dan selepas mesyuarat akan memburukkan imej PAS. Macam yang DSAi kena selalu. Asyik menipu. Orang akan jadikan ianya isu. Cakap tak serupa bikin. Kejap setuju kejap tak setuju. Ini semua tak perlu. Tunggu hasil mesyuarat dan baru keluarkan satu kenyataan yang konsisten.
 
Kemelut Politik di Selangor : Persepsi saya
Semua para pengundi berdaftar adalah dikira berpolitik, cumanya pasti ada yang terlibat dalam politik kepartian dengan jawatan tertentu dan ada yang tidak, saya adalah salah seorangnya dari yang TIDAK berpolitik kepartian.
TIDAK terlibat secara langsung dalam politik kepartian tetapi terlibat secara langsung dalam apa jua keputusan poltik mereka. Atas dasar diri sebagai pengundi, pemikir dan rakyat Malaysia. Semua termasuk saya adalah bebas memberi pandangan. Tepat atau tidak, itu adalah subjektif.
Atas dasar itu, saya secara bebas, ingin berkongsi sedikit fikiran saya dengan rakan-rakan facebook saya berkenaan perkembangan isu di Selangor, sekadar bahan berfikir:-
1. Walaupun tidak bersalah atas segala tuduhan yang dilemparkan, saya berpendapat TSKI WAJAR berundur dari jawatan Menteri Besar dengan profesional dan tenang. Beliau naik melalui parti, menggalas amanah atas tiket parti dan persetujuan parti-parti dalam PR maka sewajarnya dia turun apabila tidak lagi berparti dan ditarik kepercayaan oleh partinya sendiri dan sebahagian besar rakan partinya (tidak termasuk PAS buat masa ini). Untuk membersihkan dirinya dari tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, itu boleh dibawa ke mahkamah secara personal.
2. Tidak meletakkan jawatannya secara terhormat mungkin boleh menunjukkan seolah dia lebih mementingkan survival dirinya sendiri berbanding perjuangan PR yang sama-sama didukunginya dahulu.
3. PKR & DAP sepatutnya mampu membuat keputusan yang lebih berani iaitu untuk menerima adun PAS sebagai MB. Tindakan itu MUNGKIN akan memudahkan PAS untuk membuat keputusan perihal kedudukan TSKI.
4. Semua Adun & pimpinan PAS patut menahan diri dari membuat sokongan terbuka terhadap TSKI di media sama ada dengan kenyataan lisan atau kehadiran ke majlis MB, kerana mereka semua patut 'membekukan' pendirian selagi PAS belum membuat pendirian rasmi sementara tunggu mesyuarat penuh. Sukar saya ingin bayangkan, selepas berdegar-degar mereka menyokong, terlibat dalam sidang akhbar bersama TSKI, tiba-tiba keputusan rasmi PAS berbeza. Tatkala itu, 'u turn' adalah memalukan dan menjatuhkan imej.
5. PKR patut tidak terus menerus merasakan kerusi MB Selangor milik parti mereka khususnya setelah apa yang berlaku di tambah dengan bukti KELEMAHAN strategi & urus tadbir mereka, anggaplah ia adalah milik bersama PR dan mungkin boleh dilihat parti paling dominan serta punyai calon yang boleh diterima Sultan. Oleh kerana calon DAP mungkin tidak diperkenan oleh Sultan (atas pengalaman lalu), DAP terpaksa terima hakikat itu boleh menerima sama ada dari PKR atau PAS dan bukan hanya dari PKR sahaja
6. Semua pimpinan parti dalam PR patut membezakan situasi Negeri Selangor dengan Kelantan & Penang. Iaitu sewaktu wujud satu-satu parti yang sangat dominan kerusinya di negeri, polisi-polisi kerajaan negeri, Menteri Besar dan partinya wajar ada sedikit esklusiviti dalam menentukan keputusan eksekutif tanpa perlu kena sentiasa rujuk panel PR dalam keputusan mereka. Namun di Selangor, dengan komposisi parti yang sangat hampir, Selangor patut dilihat ditadbir bersama maka Menteri Besar tidak wajar mengenepikan pandangan parti lain sewaktu membuat keputusan penting untuk negeri.
7. Kerjasama Pakatan Rakyat pasti menjadi lebih sukar jika PAS membuat keputusan rasmi menyokong TSKI. Kelak nanti pendirian yang sama bakal merebak ke negeri-negeri lain. Maka habislah platform PR, disebabkan menyokong seorang individu iaitu TSKI, kerjasama itu terkoyak begitu sahaja?. Kecuali JIKA memang sudah bertimbun kes berat dalam PR yang tidak disetujui PAS selama ini dan hanya menunggu waktu sesuai untuk mengumumkan keluar PR. Maka tatkala itu, ada benarnya bahawa ini adalah waktu sesuai terbabit.
Hanya pandangan dan tiada perlu pembaca merasa terpukul atau diserang dengan pandangan ini. Sesiapa yang tidak menyukainya tidak perlulah menghentam saya itu dan ini, cukup sekadar mengabaikannya. Setiap kita berhak memberi pandangan, apabila kerap ditanya saya turut berhak memberi pandangan, walau mungkin saya tidak faham strategi dan permainan licik politik mana-mana pihak.
Persepsi awam adalah juga penting dalam politik, dan ini persepsi umum saya. Wallahu 'alam.
Sumber : sini