Pergaduhan Besar Di Taman Bayu Perdana Klang Tiada Kaitan Dengan Politik.

Klang – Satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta Cina di kawasan berkenaan.

Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Berikutan kes ini, orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan mengaitkan kejadian pergaduhan ini dengan isu politik seperti mana yang sedang tersebar di laman sosial. -ST-

Di wassap ;

1. Mesej berantai mengaitkan pergaduhan tersebut dengan elemen2 political.

2. Kronologi mengarut macam nak membangkitkan semangat perkauman.

Mohon korang yang menerima mesej2 tersebut berpada2 la. Jangan main serap semua sebagai fakta dan membuta tuli p sebarkan pula. Apa guna akal? Kalau hal2 macam neh pun tak reti nak berfikir?

Hadoi.





Share this :

Previous
Next Post »