t>

Breaking News

Polis Buru Individu Sebar Maklumat Palsu India Tetak Pelajar Tahfiz.


Masih ingat kes penyebaran satu screenshot mengenai satu sebaran kononnya sekumpulan samseng india telah menyerang (memotong) 6 pelajar tahfiz? Siap bagitau budak 5 tahun kena potong sekali.

Aduhaii..

Ramai gile kot yang sebar gambar2 tue di wassap. Jalan citer baik punya. Boleh buat orang bengang bila baca. Dan tak pasal2 menimbulkan suasana ketakutan dan kebencian terhadap kaum tertentu. Yang neh pun fishy gak. Dan2 aje insiden demi insiden perkauman dimainkan. Kenapa korang rasa? Nak tutup kes apa ke? Nak kaburkan pemikiran rakyat? Nak kalihkan focus rakyat?

Jeng jeng jeng..

Apa2 pun PDRM akan melakukan siasatan rasmi bagi memburu pihak yang sebarkan maklumat palsu. Tak pasal2. Amek kaw..

Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.    
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam. 

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
 
"Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber. -SH-