t>

Breaking News

Punca Sebenar Kenapa PAS Tolak Wan Azizah Sebagai MB Selangor.


Azmin Ali adalah calon terbaik yang akan dipersetujui oleh istana. Untuk move on, PKR kena lantik Azmin Ali. Ramai menyampah kat Azmin Ali. Aku pun sama. Tapi eh, korang geng2 partisan yang cari kan? So mendapat la. Lantik je Azmin. Kau nak tak puas ahti ke bertendang ke bergaduh ke berbunuh2 ke tunjuk kat PRU ke 14 nanti. Nak hentikan krisis Selangor samada lantik Azmin Ali ataupun, minta dorang terima Khalid Ibrahim semula.

Ko takde jalan lain.

Ini je jalan yang ada. Bagi aku, perlantikkan Azmin Ali dapat melenyapkan isu NEPOTISME. Part2 lain secara peribadi aku takan ulas. Itu tunggu dia buat kerja, jadi MB. Ada apa salah, macam biasa, bantai tetap bantai.

Baca penjelasan dari ASD ;

PAS secara jelas telah mengumumkan semalam mereka menolak Wan Azizah bukanlah kerana beliau seorang wanita.. tapi ada sebab lain..Jadi secara asasnya yang boleh kita fahami ialah mereka boleh terima jika wanita diangkat sebagai pemimpin..

Jika scenario yang aku tulis dalam Facebook aku semalam dah mencetuskan perang saudara.. ini satu lagi scenario yang dijelaskan oleh seseorang melalui WhatsApp.

Senarionya begini: PAS kata istana tolak Azizah, maka ia juga tolak Azizah. Minta Anwar, PKR calonkan nama lain dari PKR sebagai MB. Mesejnya dibisikkan kepada Anwar, PKR. 
Tapi PKR degil nakkan Azizah. Maka PKR pujuk dua wakil rakyat PAS sokong Azizah hari ini. Jika istana setuju Azizah, PAS tidak boleh buat apa. Azizah akan jadi MB. 
Masalahnya, PAS kata istana sampaikan mesej - tolak Azizah. Maka, PAS gesa PKR calonkan nama baru selain Azizah. PAS juga setuju tolak Khalid, bersama Pakatan tapi tolak Azizah. 
Tapi, PAS tidak boleh tinggalkan Khalid sewaktu tiada kesepakatan calon baru MB. Kerajaan akan tumbang.. 
Sama ada betul istana tolak Azizah, saya tidak pasti. Yang pasti, PAS tolak Azizah dan mahukan PKR cadangkan nama lain....

Itu saja isunya! Jika ini adalah isunya.. kenapa PKR langsung tidak mahu berkrompomi?.. susah sangat ke nak kemukakan satu lagi nama sebagai alternatif?

PAS dikatakan tak mahu hilang Selangor hanya kerana seorang Khalid.. adakah PKR mahu kehilangan Selangor hanya kerana Wan Azizah tak dapat jadi MB?Ada yang berkata ikut perlembagaan Sultan wajar menerima Wan Azizah sebagai MB kerana sudah mendapat sokongan majoriti.

Tapi jangan lupa Selangor itu milik Sultan, Dia nak buat apa pun ikut suka dia lah.. Kita ni ibarat mentimun.. menggolek kena.. digolek pun kena...Letakkan satu nama lagi sebagai alternatif supaya baginda punya pilihan selain Wan Azizah atau Kekalkan Khalid sebagai MB... ataupun bubar DUN..Itu saja! 

lagipun PAS bukannya tuntut Kerusi MB tu.. PAS hanya mahukan nama lain... ... Aku nampak ada yang tak kena pada barisan yang menyokong Wan Azizah sebagai MB tu... cuba hangpa perhati betul-betul... ~anak sungai derhaka