Rakaman Pembunuhan Beramai2 Oleh ISIS Apa Kata Menantu Presiden PAS?


Menantu kepada presiden PAS, Ustaz Zaharuddin menyokong pergerakkan ISIS. Bahkan di Malaysia memang ada kelompok yang menyokong perjuangan ISIS. Alasan mereka? Menegakkan sistem khilafah. Dan peperangan itu perlu. Mana ada orang tegakkan sistem islam tanpa kematian. Kata mereka la kan.

Huraian aku ialah. Kita kena berpijak kepada realiti semasa. Jangan samakan dulu dan sekarang. Orang dulu terpaksa berperang atas alasan nak menegakkan kebenaran. Nak membebaskan manusia dari cengkaman kezaliman pemerintah dan mengembangkan syiar Islam.

Sekarang neh umat Islam sendiri menjauhi Islam. Dan kita pun bukan di landasan yang tepat nak membetulkan orang lain. Tak payah susah2 tengok jauh. Di negara ini, majoriti umat islam, pemimpin pun Islam tak payah guna cara peperangan boleh aje wujudkan Islamic nation or state or whatsoever la yang dorang nak labelkan tapi ada kita buat?

Tak kan.

So. Faham2 la kenapa umat islam dilanda kemerosotan.

Dan. Keganasan bukan satu2nya jalan yang ada. Keganasan sepatutnya menjadi jalan akhir. Dalam ISIS mereka menjadikan keganasan sebagai first option dan yang lebih teruk mereka beranggapan itula jalan yang benar.

Dalam portal Shoebat.com telah melaporkan bahawa ISIS memuatnaik satu video yang mempamerkan pembunuhan tahanan tentera Iraq secara beramai-ramai. Keterangan yang tertulis di dalam video terbabit menunjukkan kesemua tahanan yang dibunuh adalah seramai 1,500 orang.

Dalam video ini, proses pembunuhan yang ditunjukkan adalah dengan membariskan mereka-mereka yang ditangkap kemudian menembak satu persatu individu tersebut.

Pembunuhan beramai-ramai ini tidak ubah seperti pembunuhan yang berlaku di zaman Nazi di Jerman dulu. Lagi teruk ianya direkod untuk tatapan umum.


Perlu ke?

Dan aku sampai sekarang tak yakin. ISIS ni bertujuan untuk kelangsungan Islam. Islam agama aman damai. Dari apa yang aku nampak peranan ISIS hanya akan merosakkan nama baik ISLAM. Lebih ramai orang akan membenci Islam. 

Fikir sikit. Tindakan2 mencemar nama baik Islam adakah boleh dianggap sedang memperjuangkan Islam? Lagipun. Nak bunuh orang neh. Pasal apa sibuk dok rakam dan sebar? Lepas tue dok heret nama kumpulan perjuangan atas nama ISLAM?

Dan macam Dr Maszlee cakap, mungkin ia adalah pergerakkan tajaan barat untuk mengelirukan umat. Untuk memperdayakan dunia. Aku harap kita semua boleh berahti2 dalam menzahirkan apa2 sokongan kepada mana2 pihak. Satgi sokong punya sokong tersokong orang jahat. Gila! 

Klik sini jika video gagal load.
 
Lihat video kat bawah neh ;

Share this :

Previous
Next Post »