t>

Breaking News

Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim.

Janji Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi keutamaan kepada usaha membersihkan namanya selepas dipecat dan diaibkan PKR menyaksikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menerima notis tuntutan daripada firma guaman yang mewakili Abdul Khalid.
Ini selang sehari selepas, Tetuan Bon, milik peguam hak asasi, Edmund Bon bertindak menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap portal berita The Malaysian Insider.
Notis tuntutan terhadap Saifuddin berkaitan dua artikel yang menyentuh kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid menyerahkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan Bon di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dan salinan penyataan tuntutan itu dimuat naik beberapa laman blog.
Abdul Khalid selaku plaintif menyenaraikan dua artikel yang disifatkannya adalah berat sebelah.
Dua artikel tersebut ialah Pencalonan YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sebagai Menteri Besar Selangor dan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor.
Kedua-dua artikel itu disiarkan di akhbar dan portal berita selepas Saifuddin Nasution membuat kenyataan pada 4 Ogos lalu.
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa Saifuddin Nasution telah menerbitkan kenyataan fitnah di atas beberapa isu.
Di antara isu yang disebut ialah berhubung penyelesaian hutang pinjaman Bank Islam, EcoWorld Berhad dan juga Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan pada 26 Februari lalu.
Abdul Khalid juga menuntut defendan menarik balik artikel fitnah itu kepada peguamcara menerusi e-mel dan faks.
Beliau turut menuntut Saifuddin Nasution memohon maaf kepadanya atas penulisan dan penerbitan artikel tersebut di dua akhbar.
Pada Selasa, Abdul Khalid juga membuat keputusan yang berani apabila memecat enam Exco dari PKR dan DAP yang membawa maksud bahawa kedua-dua parti tersebut bukan lagi kerajaan di Selangor.
Ini antara beberapa Langkah Khalid selepas dipecat dari PKR sejak Sabtu lalu. Kini Abdul Khalid menjadi MB dengan sokongan PAS dan BN. Bagaimanapun BN hanya menyokong tanpa syarat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid. -AD-