t>

Breaking News

Senarai Exco YG Dipecat Khalid - DAP, PKR Mahukan Exco Mereka Dikekalkan!



DAP DAN PKR. Bodoh dan gila kuasa.


Hujah.

Mereka yakin TSKI sudah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan undangan negeri. Dan mereka sebulat suara mahu menolak TSKI sebagai MB Selangor. Mereka juga menyeru adun2 mereka sign satu perjanjian untuk berikrar menolak Khalid. Betul?

So jangan takut. Relax aje.

Khalid nak pecat? Pecat la.

Nanti, ada undi usul tak percaya kan?

Bentangkan usul tue. Singkirkan Khalid. Dan dapatkan kembali jawatan yang hilang. Tak rugi apa pun. Korang kata korang dapat sokongan majoriti. Semua orang sokong korang. PAS pun ada yang sokong, Buatla apa saja asalkan kemahuan korang untuk pecat Khalid termakbul. So, biarpun aje la mereka terkeluar dari barisan exco. Tak lama pun. Korang kan hebat. Rakyat percaya kat korang habis-habisan. Antara BN dibanding dengan korang, korang dah cukup bagus, baik dan suci. Macam iblis dibanding dengan syaitan. Macam perompak dibanding dengan pencuri. Korang patut berbangga. Hanya itu aje penanda aras yang penyokong2 korang akan guna. Dulu. Hari neh dan akan datang.

HA HA HA

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
 
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
 
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
 
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
 
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
 
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


Alasan Khalid?

Kerana PKR dan DAP tidak mahu bersama barisan kepimpinannya. Ia akan menganggu tugas dia sebagai MB. Macam mana ek?

Contohnya.

A ialah exco. Juga adun. Nak bagi orang benci kat MB. Dekat penduduk dia cakap Khalid tak lulus apa semua. Kat Khalid, dia tak sampaikan masalah. Orang jadi benci pada Khalid. Macam mana dia nak perform?

Siapa tahu berapa lama adun2 PKR dan DAP melakukan propaganda ini? Ko tahu? Aku tahu? Kita semua tatau. Hanya Allah yang tahu. Dan kalau ini yang mereka buat, ketahui la akan tiba masa untuk perbuatan2 khianat mereka mendapatkan pembalasan. 

Kalau taknak buat kerja atau tak mampu buat kerja, berambos saja dari jawatan itu. Tak payah nak melalak sangat la penyokong2 PKR dan DAP sangat pun. Ini ialah politik. Hari neh mereka bergaduh, esok lusa mereka akan berbaik. So, relax la.

HA HA HA