SKMM Cadang Daftar Identiti Setiap Pemilik Facebook.

Susulan dari cadangan menteri komunikasi, Shabery Cheek.


Baru2 neh DS Shabery Cheek ada buat kenyataan bahawa dia akan buat satu survey ataupun kaji selidik untuk mengumpul pendapat umum mengenai larangan penggunaan facebook bagi warga Malaysia. Jika cadangan itu dipersetujui maka laman facebook akan dilarang atau disekat daripada diakses oleh pengguna2 yang berada di Malaysia.

Cadangan itu bertitik tolak dari kenyataan2 berbaur perkauman yang semakin lama semakin berleluasa. Dengan kenyataan terkini daripada pemilik FB Cempaka Sari yang menghina penganut hindu dan bangsa india selepas Kelvin melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

Namun, cadangan itu tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pihak termasukla bekas menteri pengajian tinggi, DS Saifuddin. SKMM pula memberikan maklum balas bahawa kerajaan tidak perlu menyekat laman sosial itu sebaliknya setiap pemilik account facebook perlu la berdaftar dengan SKMM. Bagi tujuan pengesanan identiti. 

Jika cadangan itu dilaksanakan maka setiap pemilik account facebook diwajibkan untuk berdaftar dengan SKMM  dan selepas semakan identiti dipastikan sahih serta benar individu tersebut diberikan hak untuk mengakses facebooknya.

Aku. Bukan nak kondem kerajaan sangat dalam semua perkara. Jangan salah faham. Cuma, dalam part neh kalau aku tak kondem aku terasa aku yang bodoh sangat. Agak2 la nak bagi cadangan pun. Kenapa la yang bingai macam neh ko bagi. Bagi la cadangan yang cerdik. Sibuk pula nak ambil urusan peribadi rakyat. Baik pantau macam mana nak sekat laman web porno daripada diakses dari Malaysia lagi bagus. Ada kerja yang betul2 taknak buat. Sibuk buat kerja bangang. SKMM ooo SKMM.. bila la korang nak cerdik.

Huh..

Share this :

Previous
Next Post »