t>

Breaking News

Tunggu 5 Jam Di Hospital Hanya Dapat Panadol - Mufti Perlis.

Bagus.


Akhirnya ada juga mufti yang bawa naik masalah neh. Kalau rakyat biasa yang complain ada jek kena kutuk tak reti bersyukur la, bayar murah nak service high class la, banyak bunyik la blalblablanla la.. semua ada.

Ini mufti Perlis sendiri yang complain kot. Penyokong UMNO plak tue. Jom kita tengok ada tak komen2 gila yang ditujukan kat mufti Perlis neh macam rakyat kebanyakkan kena bila selalu complain bab hospitaliti kakitangan hospital.


Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi Sabtu.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut. -Awani-