Zuraidah, Shamsul Iskandar Menang Jawatan Dalam Pemilihan Parti.


Orang bodoh akan undi orang bodoh.
Orang bangang akan naikkan pemimpin yang bangang.

Itu je yang aku nak bagitau.

HA HA HA

-----------------


Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli secara tidak rasmi menyertai barisan Naib Presiden PKR bersama dua lagi penyandang jawatan tersebut, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR yang bermula sejak Mac lalu menunjukkan Nurul Izzah memperolehi 28,792 undi, diikuti Tian Chua (21,421), Shamsul (19,828) dan Rafizi (18,885).

Keputusan rasmi akan diumumkan ketika Kongres PKR yang dijadualkan pada 22 Ogos ini di Shah Alam.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan Timbalan Presiden yang memperolehi undi sebanyak 22,557 undi mengalahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat 10,742 undi.

Seorang lagi calon yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kelayakan selepas dipecat dari parti itu Sabtu lalu.

Sementara, Angkata Muda Keadilan (AMK) pula secara tidak rasmi akan mendapat ketua yang baru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari menang pertandingan merebut jawatan tersebut mengalahkan Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad daan Nazree Yunus.

Amirudin dikatakan hanya menang tipis dengan memperolehi 4,247 undi, Nik Nazmi (4,207) dan Nazree (2,195).

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita dengan memperolehi 9,382 undi berbanding Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, yang menerima 8,638 undi.

PKR akan mengadakan Kongres Nasional PKR Ke-10 bermula 22 hingga 24 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam membabitkan 3,740 perwakilan dari 220 cabang PKR di seluruh negeri.

"Semua 220 cabang berdaftar selesai mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing dan mereka layak menghadiri kongres pada kali ini," kata Saifuddin pada sidang media 4 Ogos lalu.

Katanya, kongres ini turut melibatkan mesyuarat tahunan Pemuda dan Wanita PKR.

Selain menjemput kira-kira 200 perwakilan khas daripada kedutaan asing, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat, ahli Parlimen serta Adun, PKR juga merancang mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari terakhir kongres. - Awani -

Share this :

Previous
Next Post »