t>

Breaking News

Bila Sampai Masa, Kami Akan Keluar Pakatan - Pemuda PAS


Keluar aje. Tak payah berlakon macam korang mangsa padahal korang semua ialah pemangsa. Kalau nak keluar, keluar aje. Tak payah nak sembang kencang depan media. Baik PAS, mahupun PKR dan DAP yang konon2nya nak kaji semula penglibatan PAS dalam PR.

Kalau dah tak suka dan tak mahu bersama PAS, keluar macam orang bermaruah.

Macam PSM.

Mengaku terang2 tidak lagi mahu melakukan permohonan untuk menyertai PR.

So, PAS pun ikut la jejak yang sama kalau dah bengang sangat. Buat apa nak paksa2 bersama PR kalau tak rela di ahti?

Dan buat apa pula PKR dan DAP nak terus bekerjasama dengan PAS kalau rasa PAS tak menyakinkan?

Ini semua main wayang saja. Sembang depan media boleh la.

HA HA HA

PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) apabila sampai masanya, kata Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang mengatakan parti Islam itu sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP.

Khairil berkata, meninggalkan PR tidak mustahil bagi PAS walaupun tidak berasa ia akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar daripada PR ini bukan PAS tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.


Khairil bagaiamanpun berkata, PAS sepatutnya bersabar dengan "kedegilan" rakan-rakan sekutunya dalam PR, lapor portal itu lagi.

“Biasanya yang buat... yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. PAS sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, Insya Allah,” katanya seperti dilaporkan portal itu. -TMI-