t>

Breaking News

Cabaran Dari Budak Bodoh - PERKASA Kepada GERAKAN.


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menegaskan, beliau tidak akan menyahut cabaran Pemuda Gerakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Kelantan.

Ini kerana, tegasnya, tindakan itu akan menyebabkan undi BN berpecah dan menyebabkan parti itu kalah sekiranya beliau bertanding.

"Satu cabaran bodoh oleh seorang budak bodoh. PERKASA bukan parti politik. Jika saya bertanding, saya akan menjadi calon bebas dan undi akan pecah, BN akan kalah.

"Tunggulah pada pilihan raya umum yang ke-14, kami akan beritahu orang Melayu untuk tidak mengundi Gerakan.

“Lelaki yang hebat seperti presiden PERKASA mempunyai otak untuk berfikir dan cabaran daripada Pemuda Gerakan tidak memberikan kesan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. -MKINI-