Ibu Kejam - Selepas Pukul Anak Sampai Mati, Buang Dalam Semak.

Sakitnya ahti aku tengok berita neh. Sakit yang teramat sangat. 

Macam sial!

Kronologi kes ;

1. Seorang ibu berusia 30 tahun memukul anak kandung sendiri sampai mati.

2. Usia anak kandung 5 tahun.

3. Si ibu berkata bahawa dia tak tersengaja pukul anak sehingga mengakibatkan kematian.

4. Oleh kerana panik akibat anak dah meninggal, maka dia berpakat dengan teman lelaki yang berusia 24 tahun untuk buang anak sendiri dalam semak.

5. Kemudian laporkan pada polis kes kehilangan anak.

6. Kemudian kantoi.

7. Rupa2nya anak itu dia yang bunuh. Pukul sampai mati.

Tak macam sial ke perangai mak dia neh? Sial woi. Panik? Anak dah mati kau rasa panik? Sepatutnya rasa menyesal. Insaf. Apa aku dah buat neh? Macam mana budak 5 tahun boleh mati kalau ko pukul sikit2? Mesti kau bantai kau kaw2 punyalah. Itu sebab dia mati. Budak 5 tahun memang la nakal. Itu baru seorang. Kalau ko ada anak2 ko akan tahu betapa nakalnya budak2 neh sepanjang proses mereka membesar. Setakat hal remeh temeh sepahkan rumah ke, melawan ke, mengada2 ke apa ke itu semua hal2 kecik yang ko patut sabar dan telan sebab itulah karenah budak2. Dah tak boleh buat apa dah. Kita semua masa kecik macam tue. Kalau mak aku tak sabar, mak ko tak sabar, memang dah mampos la kita sebelum ko memamposkan budak. 

Aku betul2 tak boleh terima perangai mak dia neh. Aku rasa kes2 ibu kejam neh semakin meningkat. Yang biar anak kena rogol. Yang subahat dengan bf untuk tutup kematian anak. Yang p sorok anak belakang rumah. Macam2 ada. Betul ke dorang neh seorang ibu? Macam mana boleh hidup aman damai selepas anak meninggal akibat kecuaian, kelalaian bahkan yang lebih teruk akibat tindakan kita sendiri yang sama2 bersubahat untuk membunuh anak2 kecil yang tak berdosa ini?

Aku tak boleh telan la dorang punya pemikiran. Kejam gila kot. Ini anak2 yang ko lahirkan sendiri dari rahim kau. Takde ahti perut betul la dia neh.

Seorang ibu tergamak menghumban mayat anaknya ke dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Pematang Tinggi, di sini, bagi menyembunyikan perbuatannya yang dikatakan secara tidak sengaja memukul kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sehingga meninggal dunia.

Berikutan panik dengan kejadian itu, wanita berusia 30 tahun itu dengan teman lelakinya berusia 24 tahun, bertindak membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan berkenaan.

Ketika ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mayat mangsa berada dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan dibungkus menggunakan selimut.

"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 


Polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.

Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik hanya menemui rangka kanak-kanak berkenaan.

"Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.


Teman lelaki wanita terbabit dilihat dibawa sepasukan anggota polis untuk menunjukkan lokasi di mana mayat mangsa dibuang.

Selimut yang digunakan untuk membungkus mangsa juga dikatakan dipenuhi ulat berikutan keadaan mayat kanak-kanak itu yang sudah mereput.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan. -HM-

Share this :

Previous
Next Post »