t>

Breaking News

Kisah Mayat Bayi Yang Tersangkut Di Celah Batu.

Dah kronik geng2 gila berzina neh. Dah kronik. Aku nak cadangkan bank DNA. Senang polis nak trace bayi neh siapa punya berdasarkan bank DNA. Tapi.. oleh kerana keadilan kat Malaysia pun macam sampah, rasanya idea tue hanya menjerat diri sendiri aje. Almaklumla, takut2 dorang gunakan bank DNA untuk menindas orang pula. Keadilan di Malaysia kan berpihak kepada geng2 UMNO dan BN aje.
HA HA HA 
Tapi. Andaikata kita buat bank DNA untuk trace kes pemilik bayi yang terbuang pun oke juga. Jangan masukkan part jenayah yang lain. Yang tue aku rasa tiada masalah. Hanya yang buang bayi aje akan takut. Sebab polis boleh trace mereka pada bila2 masa dan di mana jua berdasarkan kepada maklumat DNA yang polis miliki. Aku harap sangat ada pemimpin2 negara pertimbangkan cadangan ini. Dah semak rasanya tengok budak2 gila berzina neh buang anak macam buang sampah. 
Sial laaa..
Baca jap ;
Seorang lelaki Orang Asli tergamam apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dasar sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, Orang Asli berusia 40-an kemudian memaklumkan kepada polis berhubung kejadian.
 Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abd Manab Baharom berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan yang berusia kurang seminggu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai berkenaan.
“Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tempat lain sebelum tersangkut di celah batu di kawasan sungai itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Abd Manab berkata, mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mati 10 jam sebelum ditemui.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline di 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya