Lim Guan Eng Sah Saman Nasruddin - Nasruddin Sedia Lawan LGE Di Mahkamah.


Pelik betul senario politik kat negara kita semenjak dua menjak neh. 

Kenapa pelik ek?

1. Saman2 pemimpin2 BN kepada PR ataupun PR kepada BN ditarikbalik satu demi satu.

2. Pemimpin2 PR pula berbanding serang pemimpin2 BN dalam isu berkaitan polisi dan pentadbiran negara, mereka serang sesama sendiri.

3. Pemimpin2 PR juga saman rakan2 pemimpin sendiri walaupun dalam satu parti komponen yang sama.

Itu tak masuk lagi perangai pengikut2 taksub mereka. Bukan nak nasihatkan tindakan pemimpin2 mereka yang salah, sebaliknya dimarahnya rakyat yang menegur kebangangan pemimpin2 PR lagi ada. Itu pun tah hapa2 juga.

Jika hari tue LGE menuntut Nasruddin buat permohonan maaf secara terbuka dan tarik balik artikel berkenaan isu terowong ataupun bersedia dengan tindakan saman, dan Nasruddin enggan melakukan apa yang diarahkan oleh LGE, maka pada beberapa hari yang lepas, LGE telah pun menghantar notis tuntutan saman kepada Nasruddin. See you in court. 

Nasruddin bebal.
LGE pun bebal.

Bila bebal bergaduh dengan bebal, hanya kebebalan aje yang diperlihatkan kepada penyokong2 kamu.

Selamat bergaduh sesama sendiri wahai pemimpin2 bebalisme. Semakin korang berpecah semakin kuat BN tepuk tangan. Tahniah la kepada semua ye.

HAHAHAHAHAHAHA..

Share this :

Previous
Next Post »