t>

Breaking News

Pasukan Penyiasatan Sahkan Tiada Kesilapan Teknikal Pada Penerbangan #MH17.


Selesai satu persoalan. Persoalan2 yang menyalahkan MAS dalam insiden berkenaan. Nampaknya hasil siasatan membuktikan bahawa tiada kesilapan teknikal dan MH17 berfungsi dengan baik sepenuhnya ketika melakukan penerbangan menuju ke Kuala Lumpur pada hari kejadian.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa MH17 telah dihentam/diserang oleh objek2 bertenaga tinggi dari luar sehingga menyebabkannya gagal beroperasi dan seterusnya terhempas.

Pesawat MH17 meletup di udara mungkin disebabkan kerosakan struktur disebabkan oleh banyak “objek bertenaga tinggi” yang memasukinya daripada luar.

Perkara itu antara penemuan dalam laporan awal siasatan yang dikeluarkan oleh Badan Keselamatan Belanda hari ini.

Laporan itu berkata tiada kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal yang membuatkannya terhempas.

Perakam suara kokpit, perakam data pesawat dan data daripada pusat kawalan udara kesemuanya mencadangkan MH17 normal sehingga 13:20:03 (UTC). -MKINI-