Pemimpin2 PAS Hipokrit - Cuba Guna Nama Ustaz Lofti Untuk Raih Propaganda Murahan.


Cubaan PAS untuk menumpang atas apa yang dilakukan oleh arwah Ustaz Lofti. Masa dia hidup kemain taknak dikaitkan dengan PAS. Atas alasan takut difitnah sebagai pertubuhan pengganas la. Strategik politik antarabangsa la. Taknak terperangkap dengan propaganda BN yang mungkin mengaitkan PAS dengan pertubuhan pengganas la.

Alih2 dah meninggal geng2 PAS cuba meraih populariti dengan menyebarkan apa yang dilakukan oleh ustaz Lofti.

Boleh blah la korang. Part mengambil kesempatan atas keadaan memang kepakaran ahli2 politik kat negara neh.

Perangai macam hapa.

Meluat aku.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA..

Laporan TMI ;


Yang disebarkan oleh PEMIMPIN2 PAS di laman2 facebook rasmi mereka ;

Daripada al fadhil Ustaz Mokhtar Senik..

Setelah as-syahid Ustaz Lotfi Ariffin pergi, ana boleh bercerita.....

As syahid datang dengan ust Dr Abu Bakar Abdullah selaku pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP ke pejabat ana akhir tahun lepas. 

Beliau round negeri-negeri untuk menghantar sumbangan mangsa banjir bagi pihak Dewan Ulama PAS Pusat. 

Dalam kesempatan itu kami bertemu dalam bilik pejabat ana. 

"Ustaz.. ana nak minta pandangan ust, apa maknanya.. ana mimpi tiga kali minum air dari sungai yang rasanya madu. Setiap kali ana mimpi, ana rindu nak mimpi lagi sehinggalah datang mimpi yang keempat. 

Ana mencari-cari di mana sungai itu. Puas ana cari. Akhirnya ana bertemu seorang prempuan yang masya Allah.. cantik dan sangat sopan. Ana rasa bidadari kot ( waktu itu beliau gelak kecil). 

Dia tanya ana, akhi cari apa?.. Ana kata cari sungai yang rasanya madu yang telah saya minum sebelum ini. Gadis itu senyum. 

Ya Akhi.. kalau mau minum lagi datanglah ke Syria, ana tunggu akhi di sana.."

Sampai di situ beliau berhenti. Ada cahaya bersinar dalam matanya. "Apa ust fikir tentang mimpi ana itu?" Ujar beliau. 

Ana jawab, "Anta selesaikan hutang-hutang anta.. Anta pergilah ustaz. Doakan ana bila anta temui apa yg anta cari disana."

Lepas itu kami berpelukan dan as syahid mohon izin bertolak ke Johor pula. Itulah pertemuan terakhir dengan as syahid teman setahanan ana di Kamunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid. 

Ameeen. الله أكبر

-Al-Faqir Ustaz Mokhtar Senik-

Ewahh ewahh ewahhhhh..

Time dia hidup. Kemain lagi PAS cuba mengelakkan ataupun menafikan kaitan dia dengan PAS. Penglibatan dia dengan FSA dinafikan sekeras2nya ada kaitan dengan organisasi PAS.

Tapi time dia dah meninggal. Tetiba korang pemimpin2 PAS berlumba2 update tentang dia. Seboleh2nya nak tunjuk dia ada kaitan dengan perjuangan bawaan PAS.

Dia la kawan aku.
Dia la sahabat aku.
Dia la ada kaitan dengan aku.
Yang syahid itu ialah PEMIMPIN PAS tau.

YANG PAS PECAT sebab takut dicop sebagai pertubuhan pengganas.

PAS memang pandai dalam bab2 memanipulasikan emosi demi meraih kepentingan. Dia ingat rakyat nak baca ooo bagusnya PAS neh. Tengokla. AHli2 dia sampai sanggup berjihad. Dan syahid. PAS ialah parti islamik yang bagus sekali.

Meluat aku meluat. Sudah2 PAS. Orang tue korang dah tolak habis2an masa dia hidup. Tak payah nak wayang la oi.

HAHAHAHAHAHA..

Apa2 pun. Untuk ustaz Lofti. Walau apa pun yang orang label ke atasnya. Syahid ke pengganas ke. Ada yang amek kesempatan ke ataupun ada yang mengutuk dia ke. Yang penting dia meninggal sebab berani melawan untuk sesuatu yang dia yakini benar. Bukan nya hidup membongak jenis duduk diam dan tak cuba melakukan perubahan. Tabik tetap tabik. Semoga baik2 aje di alam baru insua-Allah.

Share this :

Previous
Next Post »