Setelah Bertahun Merdeka, Pakcik Ini Masih Tinggal Di Kandang Kambing.




Tan Sri/Datuk Sri/Datuk/YB/Tuan/Puan/Encik/Cik, 

CADANGAN MEMBINA RUMAH BERKAPASITI 2 ORANG UNTUK ASNAF BERNAMA MOHAMAD ALI BIN DALIP NO IC 560525045259 DI KAMPUNG AIR TAWAR MERLIMAU MELAKA 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Saya Muhammad Akram Bin Ahmar, No Ic 910908-04-5149 dari Solidariti Anak Muda Malaysia Melaka (SAMM) sedang mengumpul dana untuk tujuan membina sebuah rumah papan berlantai simen berkapasiti 2 orang untuk asnaf bernama Mohammad Ali bin Dalip no ic 560525-04-5259. .

3. Untuk pengetahuan pihak YB/Tuan/Puan/Encik/Cik, asnaf ini berumur 58 tahun tidak berkeluarga dan OKU. Asnaf ini menetap secara daif di dalam kandang kambing milik penduduk kampung dan mengambil upah ehsan dari pemilik kandang kambing tersebut.Kandang kambing tersebut berada jauh kedalam dan hanya boleh dilalui motorsikal atau berjalan kaki. Kandang kambing itu juga tiada elektrik mahupun bekalan air. Untuk makluman pihak YB/Tuan/Puan/Encik/Cik, kami telah mendapat kebenaran tuan tanah untuk mendirikan rumah di sebelah kandang kambing. 

4. Anggaran bagi pembinaan rumah papan tersebut dianggarkan sebanyak 18,000.00 [Ringgit Malaysia : Lapan Belas Ribu Ringgit]. Kos ini termasuk pendawaian elektrik,pemasangan paip air sejauh 500 meter, dan barang-barang keperluan rumah. Sebarang sumbangan dan derma ikhlas adalah amat diharapkan untuk menjayakan projek ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui saya atau secara Bank-In/Online ke akaun berikut: 

Nama Pemilik Akaun : Muhammad Akram Bin Ahmar 
Nama Bank : CIMB Bank 
No. Akaun : 7000927340
*Mohon pemberitahuan setelah dimasukkan ke dalam akaun.

5. Dilampirkan gambar asnaf untuk rujukan pihak YB/Tuan/Puan/Encik/Cik. Jika pihak tuan inginkan penjelasan secara berhadapan,saya sendiri boleh hadir, Cuma perlu sms saya di no 019-2490167.

6. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan Rahmatnya keatas sumbangan derma ikhlas pihak tuan dan puan. Amin. Sekian terima kasih. 

Yang benar,

MUHAMMAD AKRAM BIN AHMAR 
Penyelaras program Santuni Asnaf. 
Solidariti Anak Muda Malaysia Melaka (SAMM)


---------------------------------

Malas aku nak maki pusat zakat sewaktu dengannya. Bagi sesiapa yang berminat nak menyelesaikan masalah tolong hubungi individu di atas. Bagi sesiapa yang rasa syak wasangka maka jangan la menderma. Bagi sesiapa yang nak bantu selain dari kewangan boleh hubungi individu di atas. Tak semestinya bantuan kewangan. Ada macam2 bantuan yang boleh disalurkan.

Contoh.

Kalau ko ada kayu, batu boleh dermakan untuk tujuan bina rumah.

Kalau ko ada baju, perabot boleh dermakan untuk digunakan dalam rumah yang bakal dibina.

Kalau ko pandai buat kerja2 wayaring boleh juga dermakan tenaga ko kat situ. 

Kalau rasa nak melawat sendiri pakcik tue boleh jek untuk tinjau keadaan. Kalau ko rasa ko mampu cari orang untuk derma kepada pakcik tersebut pun boleh juga. Mohon kita bantu dia beramai2. Bantu sebarkan juga kisah ini agar cerita neh sampai kepada penderma2 yang baik ahti diluar sana, okay?

Terima kasih.

Rujukan : sini

Share this :

Previous
Next Post »