Angkara Fitnah RM711 juta - PERMATA Kini Lapor Polis.


Kita neh tak belajar dari sejarah ke? Tak ingat ke macam mana kita dimalukan dalam isu BLACKOUT dan isu BANGLA 40K? Tak ingat kes BERSIH 3? Sudah2 la tue bermain sentimen politik yang tak berkesudahan. Tumpu selesai masalah rakyat sudah la woi.

Sebenarnya, aku sejujurnya tak berpuas ahti dengan PERMATA. Tapi bukan la tak puas ahti atas isu2 fitnah merepek apa semua. Ada ka fitnah kata PERMATA dok dapat 711juta. Isu itu yang disebarkan sampai diulang sebar oleh pemimpin2 PKR pula. Hancor. 

Yang bawah ye la boleh dimaafkan lagi. Atas dasar kurang minat nak cari tahu. Yang atasan pun ikut sama bangang pasai apa? Persoalan ada. Tapi atas isu yang jelas. Aku ada huraikan sedikit kat sini dan penambahannya pula ada kat bawah neh ;

Saya tiada masalah dgn program PERMATA. Tapi ada banyak persoalan yang perlu dijawab oleh pihak PERMATA.
1. Tiada satu tahap pengukuran keberkesanan program ini. Andaikata ada laporan berkenaan keberkesanan PERMATA boleh kongsi bersama.
2. Komposisi kanak2 ikut etnik dalam program ini juga tidak didedahkan kepada umum. Program ini dibuat dengan gunakan duit pembayar cukai rakyat maka harus didedahkan berapa ramai kanak2 yg terlibat dan komposisi ikut kaum agar adil pada semua pihak.
3. Kita sedia maklum bahawa modul PERMATA mendapat pengiktirafan seluruh negara maka kenapa modul yg sama tidak dipraktikkan di KEMAS?Kenapa dalam proses pembelajaran kanak2 perlu double standard?
4. Kanak-kanak drpd kawasan luar bandar/estet dipinggirkan terus drpd program PERMATA ini. Apakah wajar sebegini sedangkan hak utk mendapatkan pendidikan adalah hak semua.
Saya tiada masalah dgn peruntukkan RM30.1juta dalam bajet15 utk PERMATA namun selagi tiada laporan keberkesanan/kejayaan program PERMATA ini didedahkan kpd umum maka pastinya rakyat biasa (baca pembayar cukai) spt kami akan bersikap prejudis terhadap kerajaan dan program PERMATA ini.

Di olah oleh Mikael.

Bila aku baca artikel berita yang diterbitkan oleh Suara Keadilan. Aku terfikir satu je. Satu. Ada ke orang yang tergamak percaya melulu pada kenyataan seperti itu?

771juta diberikan kepada Rosmah?

At least bagi la bukti seperti payment voucher. Rafizi masa heret isu pertunangan anak Najib pun tunjuk bukti invoice. Bukan sembang guna mulut. Ini setakat sembang guna mulut aku pun terer.

Aku tertarik juga dengan point Zuaraidah walaupun aku meluat dengan dia. Dia sebut. Adakah PERMATA untuk anak2 orang KAYA?

Yang neh PERMATA tolong la jawab.

Sebab tue aku katakan, perincian perjalanan PERMATA ini perlu didedahkan kepada umum. Masyarakat berhak tahu. Bila mereka tidak tahu, mereka akan berpersepsi.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »